UMAR dan Atuk ialah sebuah buku kanak-kanak yang mengisahkan cerita seorang budak lelaki yang bernama Umar dengan atuknya yang selalu melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama di kampung.

Kategori: Buku Baharu

SEBAGAI kota suci bagi umat Islam, Kompleks al-Aqsa berserta Masjid al-Aqsa telah dinodai oleh pemerintah Israel yang berhasrat menguasai dan menghancurkannya serta mendirikan tempat ibadah mereka di atas runtuhannya.

Kategori: Buku Baharu

MEMOIR Pegawai Perhilitan: Cerita dari Rimba merupakan himpunan koleksi 33 buah kisah benar, suka duka yang telah dialami oleh penulis sepanjang mengharungi kehidupan sebagai seorang pegawai PERHILITAN selama hampir 29 tahun.

Kategori: Buku Baharu

BUKU ini terhasil daripada kajian penulis ke atas haiwan meiofauna marin yang terdapat di perairan Malaysia. Sejarah meiofauna, taksa meiofauna, struktur komuniti meiofauna, kekunci dan pemerihalan meiofauna daripada takson nematoda yang mendasari inti pati buku ini.

Kategori: Buku Baharu

BUKU berkaitan dengan bidang kaunseling ini boleh menjadi rujukan khusus kepada guru bimbingan dan kaunseling serta kaunselor di sekolah mahupun di institut pendidikan tinggi (IPT).

Kategori: Buku Baharu

KAMUS Perikanan ini mengandungi 571 istilah berserta huraian yang disediakan oleh pakar yang mahir dalam bidang berkenaan. Kamus ini terdiri daripada tiga subbidang, iaitu rekreasi, teknologi perikanan dan hasil penangkapan ikan.

Kategori: Buku Baharu

HIMPUNAN puisi Bisik Cakerawala merupakan hasil karya peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2015. Garapan puisi yang meliputi pelbagai tema seperti ketuhanan, kekeluargaan, kasih sayang, saling hormat-menghormati, mencintai alam sekitar, perasaan dan emosi penulis.

Kategori: Buku Baharu

KUMPULAN Cerpen Cerita Sarah Leong, Malim Ghozali PK mengajak audiens menjenguk ke daerah-daerah yang penuh dengan warna dan misteri kehidupan. Pengarang bukan saja memaparkan dunia melankoli, rindu yang tak kesampaian, sejarah kegemilangan budaya bangsa, perjuangan membebaskan bangsa dan agama daripada tirani, bahkan dunia orang tidak siuman dalam cerpen Dia, Dr. Hasni dan Bunga II: Api Marak Semula dan cinta rentas budaya dalam cerpen Cerita Sarah Leong.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    801618
    Visit Today : 577
    This Month : 27180
    Total Visit : 801618
    Hits Today : 3329
    Total Hits : 3271614
    Who's Online : 13
  • Kategori