
Penerbitan buku ini bertujuan untuk melengkapkan diri ibu bapa dengan pengetahuan asas berkaitan kesihatan kanak-kanak. Buku ini disusun dalam bentuk persoalan tentang perkembangan, penjagaan dan masalah kesihatan kanak-kanak yang mungkin sering timbul dalam fikiran ataupun memang dihadapi oleh ibu bapa.

Kumpulan ini memuatkan 17 buah cerpen yang sebahagiannya pernah tersiar dalam media arus perdana garapan seorang pengarang muda yang mahu berkongsi pengalaman, pemerhatian dan penyelidikan melalui “cerita-cerita kecil”. Karya-kara tersebut ada yang menjentik rasa, disulami kisah suka duka dan cerminan sisi kehidupan yang cacamarba.

Buku ini membuka minda pembaca kepada istilah bieknologi yang selama ini bermain di bibir kalangan penyelidik. Pengarang menyenaraikan teknik dalam bioteknologi dan bagaimana digunakan hingga terhasil produk yang bermanfaat. Pengarang juga menerangkan status Malaysia dalam bidang bioteknologi dan impak bidang ini dalam perekonomian negara.

Buku ini merupakan usaha pengarang untuk membetulkan penyelewengan yang dilakukan oleh pengarang buku Hakikat Insan, iaitu Ahmad Laksamana yang cuba menyebarkan ajaran Batiniyah dan Wahdat al-Wujud. Dalam buku Hakikat Insan, Ahmad Laksamana menterjemah dan mentakwil ayat-ayat al-Quran mengikut fahaman sendiri walaupun tidak mengubah ayat al-Quran.

Buku ini memaparkan biologi spesies primat unik yang endemik dan bersifat eksklusif di Borneo, iaitu lotong merah. Perihal lotong merah diketengahkan ekoran kehadirannya yang jarang-jarang diketahui umum. Keunikan lotong merah dalam pelbagai aspek biologinya seperti penyesuaian pemakanan, cara pergerakan dan kehidupan sosial haiwan ini dijelaskan dengan ilustrasi foto.