Nurfahan Hamzah telah menggunakan ciri-ciri yang disebutkan di atas dalam menghasilkan kumpulan puisi yang berjudul Tasbih Rindu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis telah membahagikan puisi-puisi hasil nukilannya kepada dua bahagian tema yang berlainan, iaitu Pohon Pedoman dan Gelora Kehidupan.

Kategori: Ulasan Buku

BUKU tulisan Zaimie Sahibil ini mengupas tentang asal usul, adat istiadat, kepercayaan, perkahwinan, ekonomi, adat kematian dan cara hidup yang banyak mempengaruhi konsep dan reka bentuk rumah masyarakat Dusun Bonggi. Dusun Bonggi ialah penduduk asal di Pulau Banggi dan merupakan suku kaum Orang Asli minoriti di Sabah. Menurut cerita penduduk awal di pulau itu, suku kaum Dusun Bonggi berasal dari sebuah tempat di kepulauan Filipina.

Kategori: Ulasan Buku

MUTAKHIR ini, kedudukan bahasa Melayu sering dipersoalkan sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Buku tulisan Hasan Baseri Budiman ini diharapkan mampu merungkaikan pelbagai persoalan dan cabaran bahasa Melayu yang sering menghantui masyarakat Malaysia.

Kategori: Ulasan Buku

OKONG Srikandi Sungai mengisahkan perjuangan seorang gadis suku kaum Sungai bersama-sama penduduk Kampung Dalat dalam mempertahankan rumah panjang mereka yang terletak di daerah pedalaman Kinabatangan, Sabah. Gadis yang berani itu bernama Okong dan berusia 13 tahun. Bapa Okong, Pipil merupakan ketua Kampung Dalat yang sangat handal bersilat dan selalu berlatih bersama-sama para pemuda kampung sebagai persediaan menghadapi kumpulan-kumpulan pengait kepala yang kejam. Aktiviti harian yang selalu diadakan di halaman rumahnya membuatkan Okong tidak melepaskan peluang itu untuk berlatih bersilat.

Kategori: Ulasan Buku

KITA perlu memberikan perhatian kepada penjagaan kesihatan jantung kerana jika tidak, kita mungkin akan menghadapi serangan penyakit jantung yang boleh membawa maut.

Kategori: Ulasan Buku

BUKU Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen ini amat efektif untuk individu yang baru menceburi dunia penulisan sastera. Buku ini wajib dijadikan sebagai bahan rujukan penting bagi setiap penulis baharu agar dapat menghasilkan sebuah cerpen yang berkualiti. Sebanyak 17 penulis telah menyumbangkan karya mereka bersama cabaran yang ditelusuri oleh mereka dalam menghasilkan sebuah karya yang berkualiti. Setiap cerpen yang dimuatkan dalam buku ini dijadikan paksi perbincangan oleh setiap penulis dari segi latar, perwatakan dan pengalaman peribadi.

Kategori: Ulasan Buku

SEMEMANGNYA kita mengenali Sasterawan A. Samad Said atau Pak Samad dengan penulisan novel, cerpen, puisi, kritikan, esei dan drama. Dua buah dramanya ialah Di Mana Bulan Selalu Retak (1966), Wira Bukit (1980) dan Lantai T.Pinkie (1996). Pada masa yang sama, beliau mencipta istilah dekon yang merangkumi deklamasi dan lakon. Sesungguhnya, dekon merupakan wadah atau medium baharu dalam pementasan yang sederhana sifatnya dari segi pencahayaan, kostum, penggunaan set, bilangan watak malah durasinya juga antara 40 minit sehingga satu jam.

Kategori: Ulasan Buku

NOVEL kanak-kanak ini menceritakan tentang An yang telah dilahirkan pada 10 Mei 1957, iaitu tiga bulan sebelum Malaysia merdeka.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    979697
    Visit Today : 931
    This Month : 27168
    Total Visit : 979697
    Hits Today : 4061
    Total Hits : 3983204
    Who's Online : 9
  • Kategori