KUMPULAN Puisi Bahasa Bangsa Merdeka merupakan kumpulan puisi terkini penyair prolifik terkenal Malaysia, Ahmad Sarju. Secara umumnya, Kumpulan Puisi Bahasa Bangsa Merdeka membincangkan tiga tema utama, iaitu Bahasa, Bangsa dan Merdeka. Keunggulan tema Bahasa, Bangsa dan Merdeka disampaikan menerusi kepelbagaian mesej yang memaparkan semangat dan nilai patriotisme bahasa Melayu, bangsa Melayu dan bangsa Malaysia.

Kategori: Ulasan Buku

NAMA Zaharah Nawawi tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia kesusasteraan Melayu. Faktor utama saya membeli buku ini pun kerana penulisnya. Sebelum ini saya pernah membaca novel Jalur Sinar di Celah Daun dan beberapa buah kumpulan cerpen beliau.

Kategori: Ulasan Buku

JASNI MATLANI telah mengabdikan dirinya dalam bidang penulisan lebih daripada 30 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menghasilkan cerpen, puisi, dan esei yang disiarkan dalam majalah dan akhbar. Selain menghasilkan novel dan skrip teater, beliau memimpin persatuan penulis, membentangkan kertas kerja, kolumnis akhbar dan membimbing penulis muda menjadikan pengalaman berharga kepada beliau.

Kategori: Ulasan Buku

RAMAI dalam kalangan kita menyedari dan memahami kedudukan bahasa Melayu dari sudut perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Namun tidak kurang juga yang masih memandang sinis status bahasa Melayu sebagai “pelantar” yang signifikan bagi perpaduan dan pembangunan negara. Salah satu martabat bahasa Melayu yang perlu dipertahankan ialah unsur kesantunan berbahasa.

Kategori: Ulasan Buku

Pulau Bidong merupakan sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia yang terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang iaitu di Laut China Selatan. Pulau Bidong telah diwartakan sebagai sebuah Pulau Warisan Negeri dan dijadikan pusat penyelidikan bagi Universiti Malaysia Terengganu, khususnya bagi menjalankan kajian berkaitan hidupan marin. Persisiran pantai dan perairan pulau ini menjadi tumpuan para nelayan untuk mencari rezeki. Keaslian ekosistem dasar laut, pasir yang memutih serta air laut yang biru dan jernih telah mewujudkan suasana yang sangat indah di Pulau Bidong.

Kategori: Ulasan Buku

MENURUT Kamus Dewan Edisi Keempat, buku ialah helaian kertas berjilid yang berisi tulisan dan sebagainya untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis. Bagaimanakah kertas yang berjilid itu dimanfaatkan secara berkesan agar setiap tulisan yang tercatat bermanfaat apabila dibaca?

Kategori: Ulasan Buku

MAHAYA Mohd. Yassin juga telah menghasilkan sebuah lagi kumpulan puisi yang berjudul Sakura yang menghimpunkan 50 buah puisi dalam pelbagai tema. Antara puisi-puisi yang terkandung dalam kumpulan puisi ini ialah Di Negara Orang, Bahasa Ibunda, Kembang Sakura, Musim Bunga, Hijrah, Bawa Bersama-sama dan Bonda. Semua puisi tersebut mengandungi mesej positif yang dapat ditanamkan ke dalam jiwa pembaca terutamanya dalam kalangan kanak-kanak tentang nilai-nilai murni dan membina sahsiah diri yang berguna.

Kategori: Ulasan Buku

KEPADA Adinda yang Jauh di Mata merupakan buah tangan terbaharu sasterawan dari utara tanah air, Mahizan Husain. Novel ini menganugerahkan kepada pembaca sejumlah watak dengan pelbagai karenah serta jenaka. Pembaca jangan tertipu dengan tajuk panjang novel ini yang memberi indikasi seakan novel cinta leleh.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1044894
    Visit Today : 1315
    This Month : 27493
    Total Visit : 1044894
    Hits Today : 4915
    Total Hits : 4289888
    Who's Online : 3
  • Kategori