Novel ini dengan sangat menarik memperlihatkan bagaimana orang-orang Melayu yang kaya dan terhormat serta memiliki tanah serta rumah besar di Pulau Pinang, tergadai satu demi satu hartanah mereka kepada bangsa asing yang datang berdagang di Pulau Pinang akibat anak cucu mereka yang leka dan berfoya-foya dengan kemewahan yang mereka warisi. Akhirnya tanah tanah-tanah berharga di Pulau Pinang yang asalnya milik orang-orang Melayu-Islam jatuh ke tangan orang bukan Islam dan bangsa asing yang berhijrah ke Pulau Pinang.

Kategori: Ulasan Buku

Berkaitan perihal manusia pula, diturunkan ungkapan darihal perangai, budi pekerti dan kelakuan serta adat setiap peringkat umur seperti anak lelaki, anak perempuan, anak gadis, orang muda, orang tua dan sanak saudara. Juga dikumpulkan ungkapan yang membicarakan persekitaran hidup orang Melayu seperti kampung halaman dan rimba alam.

Kategori: Ulasan Buku

Di Bawah Unggun Api adalah bukti kesungguhan A.Rahman C.M. menghasilkan cerpen. Sebanyak 24 buah cerpen yang termuat dalam kumpulan ini adalah garapan A. Rahman C.M. dari tahun 1967 hingga 2003. Kesemua cerpen ini pernah mendapat tempat di dada akhbar dan majalah tempatan.

Kategori: Ulasan Buku

Kata hubung "dan" dan "tetapi" digunakan dengan meluas dalam lisan dan penulisan dalam bahasa Melayu. Justeru, buku ini mengkaji penggunaan kata hubung "dan" dan "tetapi" dari aspek tatabahasa, dari sudut makna dan penggunaannya, khususnya dalam penulisan cerpen.

Kategori: Ulasan Buku

Dengan terbitnya buku panduan seperti ini diharap dapat memberikan manfaat berganda dan menjadi “makanan harian” kepada penulis muda agar dapat menjadi pewaris penulis mapan pada masa akan datang.

Kategori: Ulasan Buku

Nilai murni merupakan salah satu unsur yang mewujudkan keseimbangan dalam sesebuah masyarakat. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilaksanakan pada peringkat persekolahan lagi. Hal ini kerana peringkat persekolahan merupakan salah satu peringkat dalam kitaran sosialisasi setiap individu.

Kategori: Ulasan Buku

BAHASA Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia menjadi mata pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah rendah dan menengah. Bagi menjamin keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar perlu mengetahui teknik yang betul untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.

Kategori: Ulasan Buku

DALAM dunia global yang semakin mencabar dan bersaing, orang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin tanpa mengira apa-apa bidang sekali pun. Mereka mengaitkan kepemimpinan dengan pelbagai keistimewaan. Mereka juga melihatnya sebagai landasan untuk memperoleh sesuatu kepentingan, khususnya untuk diri sendiri.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1035064
    Visit Today : 1280
    This Month : 17663
    Total Visit : 1035064
    Hits Today : 6381
    Total Hits : 4244715
    Who's Online : 10
  • Kategori