Buku cerita ini dapat menarik pembaca dengan ilustrasi kehidupan laut yang berwarna-warni. Mesej yang ringkas dan mudah untuk difahami amat sesuai untuk pembacaan semua peringkat umur. Buku ini mempunyai dua versi bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tajuk, “I Love Sea Turtles”. Penulis buku ini ingin berkongsi pengalamannya semasa bercuti bersama-sama keluarga di Terengganu. Daripada percutian itu, penulis memperoleh banyak pengetahuan mengenai penyu yang ada di Malaysia. Pengalaman tersebut diterjemahkan dalam buku ini dengan bantuan lukisan yang menarik oleh seorang pelukis muda, Sharpay Lim Yu Jing.

Islam telah diturunkan kepada umat manusia sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu. Bermula dengan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT, masyarakat awal Islam mula terbentuk di tanah Arab dan terus berkembang ke seluruh dunia. Islam telah menjadi agama wahyu terakhir sekali gus menjadi pencetus kepada peradaban baharu dunia.

Richard Kard dalam bukunya mendefinisikan jenayah sebagai suatu perbuatan yang jika dilakukan akan menyebabkan pelaku itu didakwa dan dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa. Kamus Oxford pula mentakrifkan jenayah sebagai perbuatan ataupun tinggalan yang boleh dijatuhkan di bawah kesalahan dan boleh dihukum mengikut undang-undang.

Kategori: Ulasan Buku

Apakah yang dimaksudkan dengan intelektual? Menurut James Maccregor Burns dalam bukunya Leaderships, intelektual adalah “a devotee of ideas, knowledge and values” atau seorang yang terlibat secara analitis dan kritis dengan nilai, tujuan dan cita-cita yang diperjuangkan. Intelektual juga pendukung atau penentang sesuatu ideologi, budaya dan pembawaan masyarakat serta melihat perkara dalam perspektif yang berbeza.

Kategori: Ulasan Buku

Novel Puteri Delima yang berlatarkan kehidupan golongan bangsawan di Istana Canderawani ini mengisahkan suka duka Puteri Hani yang sangat jelita bergelar Puteri Delima. Dia dilahirkan dan membesar dalam lingkungan enam orang adik-beradik satu ayah, iaitu Puteri Intanku Sura, Puteri Intanku Duli, Puteri Intanku Tia, Puteri Intanku Pati, Puteri Intanku Lila dan Puteri Intanku Inam di Istana Canderawani.

Kategori: Ulasan Buku

Cerita rakyat menjadi bahan bacaan sastera yang menghiburkan dan mempunyai nilai murni yang boleh dicontohi. Penceritaan semula atau adaptasi daripada cerita sebenar yang berlaku dalam masyarakat dapat dijadikan teladan yang baik, khususnya kepada kanak-kanak. Penceritaan yang ringkas dan ilustrasi lukisan yang berwarna-warni dapat menarik perhatian pembaca. Buku ini adalah untuk peringkat umur dari tiga hingga 12 tahun, dan boleh dijadikan bahan bacaan untuk orang dewasa juga.

Sejak tahun 1990-an, sektor pembinaan di Malaysia berkembang dari semasa ke semasa. Perkembangan yang memberangsangkan ini menyebabkan banyak bangunan dan prasarana dibina dengan pesat dan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Cerita rakyat menjadi bahan bacaan sastera yang menghiburkan dan mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dicontohi. Penceritaan semula atau adaptasi daripada cerita sebenar yang berlaku dalam masyarakat dapat dijadikan teladan yang baik, khususnya kepada kanak-kanak. Penceritaan yang ringkas dan ilustrasi lukisan yang berwarna-warni dapat menarik perhatian pembaca. Buku ini adalah untuk peringkat umur dari 3 hingga 12 tahun, dan boleh dijadikan bahan bacaan untuk orang dewasa juga.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1294420
    Visit Today : 844
    This Month : 2047
    Total Visit : 1294420
    Hits Today : 3636
    Total Hits : 5971421
    Who's Online : 13
  • Kategori