Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945 merupakan hasil kajian Ahmad Sohaimi Lazim yang banyak merujuk pada sumber tempatan yang diperoleh daripada Arkib Negara di samping perpustakaan negeri dan universiti. Selain bahan bercetak, antara dokumen rasmi yang digunakan ialah rakaman temu bual dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Tun Abdul Ghafar Baba, Dato’ Ahmad Boestaman, Tun Hamdan Sheik Tahir dan mereka yang pernah melalui kehidupan semasa Zaman Penjajahan Jepun. Mengukuhkan lagi sumber penulisan termasuklah surat khabar dan majalah lama seperti Malai Sinpo, Syonan Times dan Perubahan Baharu.

Kategori: Ulasan Buku

Fizik nuklear pada masa kini terdiri daripada pelbagai bidang, merangkumi kajian yang bermula daripada satu partikel (neutron dan proton) kecil dalam nukleus atom hingga kepada objek astrofizik dalam kosmos. Sains nuklear dan teknologinya, serta peralatan dan instrumennya digunakan secara meluas bagi mengatasi masalah besar dalam perubatan, perlindungan sempadan, keselamatan negara, forensik nuklear, teknologi tenaga dan kaji cuaca.

Kategori: Ulasan Buku

Umumnya, apabila berbicara mengenai topik feudalisme pasti dikaitkan dengan penindasan, kemunduran dan perhambaan. Sisi gelap feudalisme ini sudah lama tertanam dalam minda masyarakat. Doktrin tersebut mula berpengaruh selepas Revolusi Perancis, 1789 dan dipopularkan pula oleh pemikir terkenal seperti Adam Smith dan Karl Marx. Kesannya, timbul penyalahgunaan istilah feudal dan impak negatif yang sering dikaitkan dengan pengeksploitasian tanah dan penindasan.

Kategori: Ulasan Buku

Perbincangan tentang konsep manusia telah lama melingkungi dunia ilmiah sejak zaman-berzaman. Tidak terkecuali, Islam juga mempunyai dimensi dan pandangan tersendiri tentang manusia. Yang menarik untuk diperkatakan ialah apabila Al-Quran sebagai sumber wahyu telah menghantar mesej dan menggambarkan manusia dari pelbagai jurus pandang. Al-Quran ialah petunjuk dan hidayah yang memimpin manusia ke arah kebenaran seterusnya memperbetulkan pemahaman manusia tentang hakikat kejadian yang terpesong. Penulis menukilkan pandangan Yusof Al-Qardhawi yag menyatakan bahawa manusia dalam masyarakat Islam harus beriltizam dengan tauhid, iaitu akidah Islam. Pernyataan tersebut sebenarnya merujuk kesyumulan Islam sebagai agama yang mengatur kehidupan manusia daripada segenap aktiviti dan lapangan. Pandangan kesyumulan itulah sebenarnya pandangan Islam terhadap manusia. Syumul dalam akidah yang satu dan tiada pensyirikan kepada yang lain. Syumul juga dalam sistem peradaban atau muamalah yang terangkum dalam lunas dan landasan hukum-hakam agama.

Kategori: Ulasan Buku

Stereotaip merupakan sesuatu perkara yang sangat bahaya dalam sesuatu masyarakat. Hal ini adalah kerana stereotaip mampu mempengaruhi amalan politik di sesebuah negara. “Orang Melayu yang malas”, orang Cina yang “dapat disogok” dan orang India yang “penakut dan suka menipu” adalah antara stereotaip yang mempengaruhi sejumlah besar penduduk di Malaysia dan Singapura.

Kategori: Ulasan Buku

Pelaburan merupakan komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain bagi mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, syarikat atau kerajaan.

Kategori: Ulasan Buku

Rasuah ditakrifkan perbuatan salah guna kuasa untuk mengayakan atau memberikan kelebihan kepada individu, anggota keluarga dan kenalan rapat ketika seseorang itu diamanahkan tanggungjawab menguruskan sesuatu perkara. Rasuah sebenarnya adalah gejala penyimpangan moral dan pelakunya adalah orang yang kurang bermoral atau tidak berakhlak.

Kategori: Ulasan Buku

“Mawar untuk Ibu” menawarkan pembacaan dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu dalam tulisan jawi, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Cerita pendek ini bertemakan alam sekitar dan kehidupan masyarakat yang menekankan budaya tempatan. Sasaran utama pembaca ialah golongan awal remaja dan masyarakat Malaysia yang berminat dengan warisan negara. Sasaran kedua ialah pembaca antarabangsa yang berminat untuk mengenali nilai dan budaya rakyat Malaysia melalui pendedahan tentang falsafah kehidupan masyarakat majoritinya iaitu orang Melayu. Tawaran dalam tiga bahasa dapat membantu pembaca antarabangsa untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis seterusnya dapat mendedahkan mereka dengan bahasa Melayu Jawi.

  • Arkib

  • Statistik

    979697
    Visit Today : 931
    This Month : 27168
    Total Visit : 979697
    Hits Today : 4085
    Total Hits : 3983228
    Who's Online : 6
  • Kategori