Penterjemahan karya-karya sastera kontemporari China ke dalam bahasa Melayu banyak yang tidak diketahui umum. Mutakhir ini melalui kerjasama Persatuan Kebudayaan Han Malaysia dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebilangan karya dari tanah besar itu berjaya diterjemahkan. Antologi penulis China-Malaysia sudah mula dijual dan penyertaan Malaysia di Pesta Buku Beijing 2019 ialah manifestasi keseriusan kedua belah pihak untuk menyebarluaskan karya sastera masing-masing.

Kategori: Ulasan Buku

Masyarakat umum mengetahui akan masalah-masalah yang boleh timbul berkaitan dengan tabiat merokok. Kandungan bahan kimia pada asap rokok bukan sahaja memberikan mudarat kepada perokok bahkan kepada orang di sekelilingnya. Buku ini merupakan hasil kajian Nor Anita Megat Mohd Nordin dan Che Mazlan Saad tentang golongan perokok.

Kategori: Ulasan Buku

Hikayat Malim Deman merupakan cerita lipur lara Melayu yang telah dikarang oleh Raja Haji Yahya, salah seorang ‘orang istana’ yang tinggal di Chederiang, Perak. Di samping menghasilkan penulisan tentang salasilah dan sejarah raja-raja Perak, beliau pernah berkhidmat sebagai penghulu, pawang istana, pengumpul cerita rakyat, pengarang syair, dan mempunyai hubungan dengan tokoh penglipur lara di negeri Perak bernama Pawang Ana.

Kategori: Ulasan Buku

Mengapakah Gajah Bermata Kecil? diceritakan semula berdasarkan cerita rakyat yang telah menjadi sebahagian daripada hiburan masyarakat Melayu dahulu. Cerita rakyat disampaikan kepada beberapa generasi tanpa diketahui siapa penulis atau pengarangnya asalnya. Cabang sastera tradisional ini mencerminkan pemikiran masyarakat Melayu dahulu yang menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Kategori: Ulasan Buku

Prof. Madya Dr. Mahamarowi Omar sudah tidak asing lagi dalam dunia astro fotografi di Malaysia. Beliau yang sudah lama terlibat dalam aktiviti cerapan langit kini telah menghasilkan dua buah buku berkenaan astronomi termasuklah Matahari Bintang Istimewa (buku pertama Astronomi dan Astrofotografi) yang diterbitkan pada tahun 2015. Penulisan ini dapat dianggap sebagai “sequel” kepada buku pertama kerana memberi tumpuan khusus kepada matahari dan instrumen yang dicipta khas untuk memerhatinya.

Kategori: Ulasan Buku

Konsep senjata pemusnah sudah lama mendominasi pemikiran manusia yang sentiasa mencari kaedah efektif dan efisien bagi mencapai kemenangan mutlak dalam peperangan. Penemuan pantas rahsia atom yang bermula pada lewat abad ke-19 dan kerancakan pada empat dekad pertama abad ke-20, telah menghasilkan program yang membinasakan, iaitu perlumbaan untuk membangunkan bom atom pertama dunia semasa Perang Dunia Kedua. Ruang masanya bermula daripada perkembangan teori awal pada permulaan abad ke-20 kepada ujian terkini di Korea Utara.

Kategori: Ulasan Buku

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pahlawan diertikan sebagai seorang yang gagah dan berani dalam memperjuangkan nasib negaranya daripada dijadikan mangsa dalam sesuatu peperangan. Kamus Dewan Edisi Keempat telah menyenaraikan sinonim kepada perkataan pahlawan, iaitu perwira, kesateria, wirawan serta pendekar. Kebiasaannya, konsep pahlawan digunakan kepada seseorang yang berjasa dalam membela nasib sesebuah negara daripada terus ditindas.

Kategori: Ulasan Buku

Pantun ialah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak berzaman-zaman lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1037025
    Visit Today : 507
    This Month : 19624
    Total Visit : 1037025
    Hits Today : 1688
    Total Hits : 4254043
    Who's Online : 23
  • Kategori