Perkembangan kritikan sastera di Malaysia semakin rancak menjelang awal abad ke-21. Walaupun perkembangan ini agak lewat berbanding dengan negara barat, namun peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel teori dan kritikan sastera Melayu, sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kepada para sarjana dan pemikir teori sastera Melayu membentangkan buah fikiran dan idea baharu ke arah memperkukuhkan lagi disiplin kritikan sastera di Malaysia.

Kategori: Berita

Dalam meneroka ilmu sains, ada pelbagai persepsi. Bagi masyarakat awam, mereka melihat sains dari segi produk atau barangan, perkhidmatan dan ekonominya. Golongan agamawan memastikan kegiatan sains sentiasa dibimbing oleh peraturan al-Quran dan Sunnah.

Kategori: Berita

Kesemua inskripsi tersebut menggunakan bahasa Melayu dan bercampur dengan bahasa Sanskrit. Skrip yang digunakan adalah skrip Pallava. Yang penting di sini ialah bangsa apakah penduduk di Srivijaya, Melayu dan Chieh-Cha. Berdasarkan bukti inskripsi tersebut penduduk adalah orang asal, atau pribumi daripada rumpun pusat iaitu etnik Melayu dan begitu juga dengan pembesarnya.

Kategori: Berita

“Program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan khususnya kepada pelajar bukan Melayu, tetapi apa yang lebih penting program yang dianjurkan ini selari dengan hasrat kerajaan ke arah pembentukan Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak.” Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Majlis Perasmian Forum Pelajar dan Festival Bahasa dan Sastera di Dewan Bankuet, Menara DBP pada 21 Julai lalu. Ketua PengaraFestival Bahasa dan Sastera 2010 anjuran

Kategori: Berita

Manuskrip Melayu merupakan lambang keperibadian dan peradaban bangsa Melayu, dan menjadi sebahagian daripada sumber primer dalam bentuk persuratan. Manuskrip Melayu ternyata kaya dengan khazanah ilmu dan maklumat sejarah, dan seterusnya dapat mencermin kegemilangan tamadun Melayu.

Kategori: Berita

Pertandingan ini boleh dianggap sebagai platform untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama karyawan DBP. Kumpulan yang bertanding bukan sahaja terdiri daripada bahagian tertentu, bahkan gabungan beberapa bahagian yang terdapat di DBP, tanpa mengambil kira jabatan.

Kategori: Berita

Bagi memperluas pengajaran bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa komunikasi dan bahasa ilmu pengetahuan untuk penutur asing, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersetuju menerima permohonan Jurusan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand untuk mengadakan lawatan ke agensi itu. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan kerjasama bagi menganjurkan kursus bahasa Melayu musim cuti semester.

Kategori: Berita

Pada peringkat awal kemunculannya di Barat, selain mengandungi unsur kelucuan, komik juga sarat dengan kritikan halus. Selepas itu, barulah muncul komik yang berunsur aksi, seperti Superman, Batman, dan Captain America. Di negara kita pula, perkembangan komik bermula dengan hasil persembahan kartun oleh Rejabhab yang diselitkan dalam beberapa majalah, seperti majalah Dian dan akhbar Utusan Zaman.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1051237
    Visit Today : 550
    This Month : 33836
    Total Visit : 1051237
    Hits Today : 1621
    Total Hits : 4316082
    Who's Online : 15
  • Kategori