Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPj), PPj dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Syarahan Pendeta yang bertajuk “Peranan Bahasa Kebangsaan dalam Membina Jati Diri Negara Bangsa” pada 12 Oktober lalu. Syarahan tersebut disampaikan oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan yang juga mantan Ketua Pengarah DBP.

Kategori: Berita

Hadiah Sastera Perdana Malaysia memberikan suntikan yang tidak ternilai kepada perkembangan kesusasteraan Melayu tanah air. Kelahiran penulis dan karya dalam pelbagai genre memperlihatkan peningkatan kuantiti serta kualiti penghasilan karya kreatif dan bukan kreatif sekali gus menyemarakkan lagi perkembangan dunia sastera Malaysia.

Kategori: Berita

Selepas Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) dilaksanakan dari tahun 1999-2008, Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) diperkenalkan semula pada tahun 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd.Yassin semasa lawatan kerja pertama beliau ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 4 Mei 2009.

Kategori: Berita

Sayembara Mencipta Lagu Puisi bertujuan memperluas khalayak puisi dalam bentuk lagu dan menimbulkan minat serta meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap puisi, di samping menarik minat golongan muda mendekati lagu-lagu puisi. Walaupun lagu puisi yang menjadi juara pada tahun ini membawakan sedikit kelainan dari segi rentak lagu yang rancak, lagu puisi diharap dapat dan masih mengekalkan ciri dan nilai tersendiri lagu puisi.

Kategori: Berita

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) 2010 berlangsung di Hotel Santika, Jakarta, Indonesia pada 27 – 28 September lalu. Majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Dr. Ir. Dodi Sandika, Sekretaris Jeneral Kementerian Pendidikan Nasional, Indonesia.

Kategori: Berita

Pihak yang harus dipersalahkan dalam soal pencemaran bahasa dalam filem dan drama ialah penulis skrip, penerbit serta pengarah filem dan drama kerana mereka melanggar tanggungjawab moral yang lebih mengutamakan nilai-nilai komersial untuk mendapat perhatian khalayak. Beliau mencadangkan pihak DBP bersama-sama badan agensi berkaitan untuk menguatkuasakan satu sistem yang betul-betul tiada kompromi.

Kategori: Berita

Dalam bulan Ramadan pada tahun ini, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) khasnya di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan menerima seorang kenalan berbangsa Jerman. Yang menariknya tentang gadis dari negara Eropah Tengah ini adalah kerana ia beragama Islam. Namanya Jana Petersen dan sungguhpun huruf pangkal namanya J, sebutan namanya menjadi Yana.

Kategori: Berita

Usaha untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya gemar membaca sudah dimulakan sejak tahun 1972. Usaha tersebut dinamai Gerakan Membaca yang juga merupakan salah satu projek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pelancaran Projek Gerakan Membaca di seluruh negara kemudiannya telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Datuk Musa Hitam pada 28 Januari 1980 di Balai Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur. Tujuan Projek Gerakan Membaca diadakan adalah untuk memupuk semangat dalam kalangan rakyat di negara ini.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1052822
    Visit Today : 1075
    This Month : 1075
    Total Visit : 1052822
    Hits Today : 4743
    Total Hits : 4322689
    Who's Online : 5
  • Kategori