Bengkel Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu Musim Cuti 2015 untuk Mahasiswa Universiti Prince of Songkla, Thailand telah diadakan pada 25 – 29 Mei 2015. Seramai 21 orang mahasiswa dari Jurusan Bahasa Melayu, Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Prince of Songkla telah ikut serta dalam bengkel ini.
Pada 7 Mei 2015 yang lepas, telah berlangsungnya Bengkel Memartabatkan Pengajian Melayu bertempat di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Dekan Pengajian Melayu Universiti Awam, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Warisanegara. Bengkel Memartabatkan Pengajian Melayu ini diadakan berasaskan permintaan YBhg. Tan Sri Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia bagi membincangkan masa depan […]
Program Bakat Siswa 2015 peringkat akhir telah berlangsung di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka. Program yang dianjurkan bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan kali yang ke-8 diadakan bagi menanam semangat mencintai dan menghargai khazanah bangsa, khususnya bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.