KARNIVAL Jualan Buku Malaysia DBP-ITBM-MABOPA-MAPIM buat julung kalinya diadakan pada 27 Februari - 8 Mac 2020 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Acara yang diadakan ini bersempena dengan Kuala Lumpur yang dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca - Caring Through Reading’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Selain itu, acara ini juga diadakan sempena Gerakan Dekad Membaca Kebangsaan.
PAMERAN Seni dan Sains dalam Masyarakat atau nama komersialnya OASIS (Of Art And Science in Society) telah diadakan pada 24 Disember 2019, bertempat di Muzium Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Pameran yang mula dianjurkan pada tahun 2003, merupakan medan terbaik buat pensyarah dan pelajar di Pusat Pengajian Seni (PPS), USM, Pulau Pinang, mempersembahkan keunikan hasil karya seni untuk tatapan warga kerja akademik, warga kerja dan pelajar USM, selain masyarakat dan para pelancong yang melawat ke USM, Pulau Pinang.
“Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja. Bila tiba detik kembalilah kita kepadanya. Kita datang ini kosong tangan kosong dada. Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.” Begitulah bait-bait puisi indah hasil nukilan YBhg. Dato’ Seri Dr. A. Samad Said atau lebih dikenali dengan nama gelaran Pak Samad yang telah dideklamasikan oleh pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sempena program Sasterawan di Universiti. Program yang menyantuni sasterawan negara ini telah diadakan pada 27 November 2019 bertempat di Perpustakaan UniMAP, Perlis.
BERSEMPENA dengan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) Peringkat Pertubuhan Bukan Kerajaan, Festival Perkampungan Seni telah diadakan dan dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Festival ini ialah program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan, iaitu Persatuan Koloni Anak Seni, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Persatuan Seni Khat Malaysia, Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia, Persatuan Teater Malaysia, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan dan sebagainya. Festival ini telah berlangsung pada 7 November 2019 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10.00 malam di Wisma DBP, Kuala Lumpur. Festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Malam Perkampungan Seni, Persembahan Penghibur Jalanan, Deklamasi Puisi Teks Braille, Bicarawara, Perkongsian Anak Seni Autisme, Pementasan Teater, pelbagai pertandingan, pameran dan jualan serta trak makanan.
Pendokumentasian koleksi manuskrip di kebanyakan kepustakaan Melayu Nusantara yang berusia puluhan ribu tahun telah menarik minat para sarjana tempatan dan luar negara untuk melakukan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Hal ini kerana manuskrip Melayu merupakan dokumen bertulis yang jauh lebih ‘muda’ dan sebilangannya telah dihasilkan setelah mesin cetak diperkenalkan.
Bengkel Penghayatan dan Penulisan Puisi yang dibimbing dan dikendalikan oleh Sasterawan Negeri Sembilan 2015, Puan Hajah Mahaya Mohd. Yassin di Bilik PUSPANITA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya, telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Oktober 2019. Bengkel anjuran PUSPANITA KPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini telah disertai oleh 30 orang ahli PUSPANITA dan warga KPM. Para peserta yang hadir dibugarkan dengan maklumat yang terkini tentang kesusasteraan Melayu, khususnya dalam penghasilan puisi yang baik dan berkesan.
KUNJUNGAN ke Pulau Bruit bersempena dengan Program UNESCO 2019; Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah serta Kolokium Bahasa Melanau Matu, Daro dan Pulau Bruit di Daro, Mukah pada 2 hingga 5 Oktober 2019 membolehkan peserta program menyantuni masyarakat Melanau dan menyelami budaya mereka. Hal ini seiring dengan tugas peserta yang membuat kajian lapangan untuk mendapatkan data bagi mendaftar kata ataupun entri di dalam Kamus Mato Daro – Melayu Dewan.