Pelancaran buku Asas Kejuruteraan Awam telah disempurnakan oleh Sultan Pahang pada 23 April 2016 yang lalu di Sekolah Menengah (SM) Teknik Kuantan, Pahang. Majlis tersebut diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Emas sekolah tersebut.

Kategori: Berita, Featured

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia telah diperuntukkan dengan jelas di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara, Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan.

Kategori: Berita, Featured

Bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) merupakan acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang matlamatnya adalah untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia. Program ini cetusan idea dan inovasi Perdana Menteri dalam upaya memperkasakan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Kategori: Berita, Featured

Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama International Baccalaureate (IB) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menganjurkan Bicara Sastera ke-3 pada 12 Februari 2016. Program Bicara Sastera kali ini mengundang Sasterawan Negara (SN) ke-13, Dato’ Dr. Zurinah Hassan bersama-sama Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), Profesor Dr. Hatta Azad Khan. Program sehari ini dihadiri kira-kira 40 orang pelajar diploma IB yang diadakan di Hall Of Fame, Kompleks Sultan Azlan Shah, IB MCKK.

Kategori: Berita

Pada 10 Mac 2016, bertempat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), telah diadakan Majlis Bicara Karya Tree of Sorrow: Calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016, karya Malim Ghozali Pk. Majlis ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Malaya (UM) dan Akademi Pengajian Melayu (APM).

Kategori: Berita, Featured

Seusai Majlis Syarahan Perdana bersempena Hari Pejuang Bahasa 152 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak pada 25 Februari 2016 di Kota Samarahan, sebuah Majlis Diskusi Karya Penulis Sarawak telah diadakan sebagai kesinambungan kegiatan bahasa dan sastera yang diadakan pada sebelah petangnya pula.

Kategori: Berita, Featured

“Bahasa dan kesusasteraan dapat mencerminkan kehidupan, cara berfikir, harapan dan hasrat serta cita-cita bangsa kita. Hanya melalui kesusasteraan kita akan dapat melihat dan merasa apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita,” Kata Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Puan Padilah Haji Ali, ketika menyempurnakan Majlis Sayembara Puisi dan Lagu Mahasiswa 2016 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka pada 28 Februari 2016.

Kategori: Berita

Pada 30 Januari 2016, bertempat di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) telah diadakan program Bicara Anugerah Sastera Negeri Kelantan (ASNK). Program anjuran DBPWT ini diadakan dengan tujuan untuk menghimpunkan tokoh penerima anugerah, panel yang terlibat dalam ASNK, penulis, penggerak sastera dan wakil media untuk berdialog tentang ASNK yang telah diadakan pada 25 November 2015.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    664433
    Visit Today : 365
    This Month : 38065
    Total Visit : 664433
    Hits Today : 1248
    Total Hits : 2736053
    Who's Online : 8
  • Kategori