Singgan bermaksud sehingga atau sampai. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Dia tidak muncul-muncul lagi singgan sekarang.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Bayangkan anda sedang berada di meja tulis. Komputer atau laptop menderu senyap, dengan buku nota atau kertas-kertas di sisi. Anda merenung skrin dan kursor hitam itu masih terkelip-kelip pada baris pertama. Anda masih lagi belum ada ayat pertama, bahkan aksara yang pertama juga belum ada. Mungkin juga anda sudah menaip tetapi sudah memadamkannya berkali-kali.

Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas hari ini bermula sejak 1972. Sudah 40 tahun usia sistem ini digunakan sebagai wadah penulisan dalam semua bidang. Sistem ejaan ini telah dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dengan Pemerintah Republik Indonesia berikutan daripada perisytiharan serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972.

Kategori: Bahasa

Ya, bagus juga anda banyak membaca. Namun, bilangan buku yang anda baca tidak menjamin anda boleh menjadi penulis yang baik. Pembaca yang baik amat berhati-hati memilih bahan bacaannya. Akal yang murni ini harus diisi dengan bahan-bahan bacaan yang berkualiti.

Kategori: Sastera Kreatif

PENULIS yang baik ialah pembaca yang baik. Kenyataan bahawa seorang penulis itu tidak suka membaca amat ironi sekali! Cara paling baik untuk menjadi penulis ialah melalui pembacaan. Mungkin ada yang bertanya begini, “Saya suka membaca tetapi mengapa saya masih tidak boleh menulis?”

Tahniah! Anda memang berminat menulis. Saya katakan begini kerana hanya mereka yang punya minat sahaja akan singgah membaca tulisan ini. Oleh itu, ruangan ini cuba membantu anda mula menulis daripada proses mencari idea atau ilham sehinggalah cerpen anda disempurnakan.

Anda sudah mengetahui apakah sebutan baku, untuk apa, dan dalam situasi apa sebutan baku digunakan. Sekarang, marilah kita halusi kaedah sebutan baku bahasa Malaysia supaya anda benar-benar menguasainya.

Kategori: Bahasa

Orang bercanggah pendapat tentang sebutan bagi fokus, iaitu adakah fo•kus, fo•kas, atau fo•kes (e dengan sebutan pepet). Tidak ketinggalan dibahaskan orang soal sebutan kata-kata yang berakhir dengan huruf a, adakah dibunyikan a atau e pepet? Misalnya, kata saya, adakah sa•ya atau sa•ye sebutannya? Pendeknya, banyak lagi sebutan kata yang menimbulkan tanda tanya.

Kategori: Bahasa, Bimbingan
  • Arkib

  • Statistik

    1260380
    Visit Today : 309
    This Month : 16517
    Total Visit : 1260380
    Hits Today : 1657
    Total Hits : 5708952
    Who's Online : 13
  • Kategori