FUNGSI sari kata adalah untuk membantu penonton memahami dan menghayati cerita yang ditonton dengan lebih baik. Oleh itu, bayangkanlah jika kita berasa lucu apabila  menonton cerita seram kerana sari kata yang dipaparkan tidak diterjemahkan dengan betul. Contohnya, perkataan serial killer diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi “pembunuh bijirin” (cereal killer). Antara faktor kelemahan sari kata adalah disebabkan oleh kekurangan pengetahuan penulis sari kata. Ketidakupayaan penulis sari kata menguasai bahasa sasaran […]

Kategori: Puji & Tegur

Secara umumnya, apabila kita berkunjung ke kompleks beli-belah di bandar-bandar besar termasuk di Lembah Klang, penggunaan bahasa kebangsaan di tempat-tempat tersebut masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Kebanyakan premis di kompleks beli-belah tidak mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan, bukan sahaja tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul malahan ada yang tidak menggunakannya langsung dan sebaliknya mengagung-agungkan bahasa Inggeris.

Kategori: Puji & Tegur

Jika dilihat di sekitar kawasan ibu kota, terutamanya di Jalan Silang dan Jalan Pudu, kebanyakan premis perniagaan di kawasan tersebut dikuasai oleh warga asing, khususnya warga Nepal, Bangladesh dan Vietnam. Yang lebih mengejutkan adalah dengan terdapatnya banyak papan tanda, gegantung dan kain rentang yang menghiasi deretan kedai menggunakan bahasa ibunda mereka yang terang-terang tidak mencerminkan citra Malaysia

Kategori: Puji & Tegur

Oleh ASSMAH OSMAN SEMUA jenis iklan perniagaan di setiap negeri di Malaysia tertakluk pada Undang-undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Undang-undang kecil iklan ini menetapkan perkara yang hampir sama, iaitu semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan, sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain.  Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan kesalahan dan apabila disabitkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dihukum penjara bagi […]

Kategori: Puji & Tegur

SEBELUM ini kita pernah membicarakan usaha kerajaan untuk turut sama memartabatkan bahasa kebangsaan termasuk dari segi penamaan jabatan atau bahagian yang tertentu dalam organisasi kerajaan. Namun, sama ada disedari atau tidak kita masih menemui kesalahan-kesalahan tersebut. Walau bagaimanapun, sebagai organisasi yang berperanan menegur sebarang kesalahan penggunaan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa menjalankan tugas memantau dan menegur kesalahan-kesalahan sedemikian.

Kategori: Puji & Tegur

Jika kita perhatikan frasa yang pertama, “Berurusan dengan Kerajaan secara online”, jelaslah bahawa online ialah perkataan Inggeris yang ditulis tanpa dicetak condong atau diitalikkan sedangkan perkataan tersebut ada padanannya dalam bahasa Melayu. Frasa tersebut sepatutnya menjadi “Berurusan dengan Kerajaan secara dalam Talian”.

Kategori: Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    979124
    Visit Today : 358
    This Month : 26595
    Total Visit : 979124
    Hits Today : 1118
    Total Hits : 3980261
    Who's Online : 12
  • Kategori