Kemunculan banyak saluran radio swasta membawa budaya yang benar-benar berbeza. Radio bukan lagi saluran maklumat bermanfaat untuk pendengar sebaliknya saluran untuk menarik pendengar dan penaja sebanyak mungkin dengan cara menampilkan artis popular.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang menyediakan banyak gelar kurniaan istana. Antara gelar tersebut ialah datuk, datuk seri, tan sri dan tun. Gelar ini biasanya dikurniakan kepada individu yang banyak menaburkan jasa kepada negara, orang kenamaan dan golongan atasan.

Kategori: Puji & Tegur

Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan Darul Naim. Bandar ini dibuka ketika pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran, perniagaan dan pelancongan bagi negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, tinjauan pada kali ini mencari kesalahan bahasa Melayu yang terdapat di bandar Kota Bharu. Tujuan kesalahan bahasa didedahkan bukanlah untuk membuka pekung mana-mana pihak sebaliknya agar kesalahan tersebut dapat dibaiki supaya lebih persis.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

Bagi yang suka memerhatikan papan tanda semasa memandu atau menaiki kenderaan, pasti akan dapat melihat pelbagai nama tempat atau kawasan yang ditulis pada papan tanda.

Kategori: Puji & Tegur

Siapakah penender? Pihak yang mengeluarkan tender atau pihak yang mengambil tender? Siapakah pula petender?

Kategori: Puji & Tegur

Yang mana satukah yang betul? Yang Dipertuan atau Yang di-Pertuan, dan Yang Dipertua atau Yang di-Pertua? Pengguna bahasa masih keliru dalam mengeja frasa tersebut, terutamanya dari segi penggunaan huruf besar dan penggunaan tanda sempang. Kekeliruan ini dapat dilihat secara tidak langsung, terutamanya dalam media cetak, seperti akhbar dan majalah.

Kategori: Puji & Tegur

Akhbar merupakan antara media cetak yang paling popular di negara kita. Sebahagian besar akhbar di Malaysia hari ini, cenderung menggunakan gaya bahasa kewartawanan yang lebih popular dan ringkas, serta banyak perbezaannya dengan kaedah bahasa Melayu baku. Oleh itu, secara tidak langsung, masyarakat didedah dan dididik dengan bahasa kewartawanan.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

DALAM bahasa Melayu, terdapat kata sendi nama yang menjadi perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, untuk, antara, dalam, dengan dan sampai.

Kategori: Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    1294520
    Visit Today : 944
    This Month : 2147
    Total Visit : 1294520
    Hits Today : 4096
    Total Hits : 5971881
    Who's Online : 12
  • Kategori