Seiring dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia menjelang tahun 2020, turut menyusul ialah tanggungjawab yang berat bagi merapatkan jurang masyarakat Malaysia dengan buku. Oleh yang demikian, cabaran pertama yang perlu diatasi terlebih dahulu bukan untuk menggalakkan masyarakat supaya menyentuh, membaca dan membeli buku, sebaliknya menarik tumpuan dan mendorong mereka untuk mendekati buku. Walaupun realitinya perkara ini bukan satu kerja yang mudah untuk berbuat demikian dalam suasana industri buku negara ini, tetapi bagaimana sesebuah buku dapat memikat hati bakal pembacanya?
“Kue tiaw”, “kuey tiow”, “kuew tiaw”, “kueytiaw”, “kueh tiaw”, “kway teow”. Ejaan seperti inilah yang ditulis oleh pelajar tingkatan empat di papan putih ketika penulis meminta mereka menulis nama makanan tersebut. Penulis pasti, ejaan-ejaan begini juga yang dipamerkan di kedai makan di persekitaran mereka dan terakam dalam minda seterusnya diterjemahkan melalui tulisan.
Fungsi utama papan tanda kedai adalah untuk memberikan maklumat yang tepat tentang jenis dan aktiviti perniagaan kedai. Selain itu, papan tanda juga berfungsi untuk mempromosikan produk, menjadi daya penarik supaya orang mahu singgah dan masuk ke kedai, menerangkan nama kedai, memudahkan orang mencari lokasi kedai, dan memudahkan orang untuk mengingati nama kedai kita.