sharkawi

Judul              :           Media Digital

Penulis           :           Sharkawi Che Din

Harga             :           RM48.00

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

KEPESATAN teknologi maklumat turut memberikan manfaat kepada semua golongan. Teknologi yang suatu masa dahulu dirasakan mustahil tercipta sudah terpampang di hadapan mata, antaranya kamera digital dan telefon pintar pelbagai guna.

Kini sesiapa sahaja boleh menjadi insankreatif. Perkakasan dan perisian berlambak di pasaran pada harga yang mampu dimiliki.

Buku Medai Digital memberikan panduan kepada pekerja kreatif, sama ada profesional, amatur atau biasa-biasa untuk menguasai media dalam proses dan persediaan menghasilkan karya seni kreatif secara digital sepenuhnya.

Kandungan buku ini menyeluruh, terutamanya penerangan tentang jenis perisian dan perkakasan cara lebih bersistematik dan berkesan. Buku ini merangkumi semua kategori bidang grafik berkomputer seperti fotografi digital, animasi digital, ilustrasi digital dan multimedia interaktif.

Penulis ialah pensyarah kanan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Beliau pernah dianugerahi Outstanding Achievement in Animation oleh Mark Zimmer, pengasas syarikat perisisan grafik berkomputer MetaCreation.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014565
    Visit Today : 594
    This Month : 33910
    Total Visit : 1014565
    Hits Today : 2358
    Total Hits : 4139160
    Who's Online : 16
  • Kategori