Judul : Ayahanda
Penulis : Azizi Haji Abdullah
Harga : RM22.00
Tahun : 2016
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
NOVEL ini mengisahkan seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati orang tua itu, semakin sukar jadinya. Kedegilan ayahnya seiring dengan pertambahan usia. Dia tidak boleh ditegur; jauh sekali menerima pandangan anak-anak. Lantaran itu dia sering buruk sangka, berdendam dan marah-marah bercampur dengan rasa bersalah.
Sedangkan si ayah kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kebahagian anak-anak. Malah dia tidak pernah putus-putus berdoa agar Allah memberkati keluarganya. Walaupun begitu si ayah tidak pandai meluahkan perasaan yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti.
Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.