Oleh NORAZLINDA MISRAN

 

Dato’ Dr. Zurinah Hassan, pengarang ulung negara telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-13. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang gelaran tersebut.

YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia Merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara Ke-13 ketika menyampaikan ucapan.

YB Dato’ Seri Mahdzir  Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia menyampaikan ucapan.

Penganugerahan ini diberikan kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. Karya yang bermutu tinggi ini berjaya mengetengahkan ketinggian nilai isi dan mutu teknik sebagai hasil seni yang bermanfaat kepada pengalaman, perkembangan intelek, pembentukan kebudayaan kebangsaan serta ketinggian martabat manusia.

Malam Anugerah Sastera Negara ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia Merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara Ke-13 pada 26 April 2016 yang lalu di Hotel Marriott, Putrajaya. Antara yang turut hadir pada majlis gilang-gemilang itu ialah Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Prof. Dato’ Seri Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP, Sasaterawan-sasterawan Negara, golongan penulis, pegawai tinggi kerajaan dan diplomat negara asing.

Dato' Dr. Zurinah Hassan ketika menyampaikan ucapan penerimaan.

Dato’ Dr. Zurinah Hassan  menyampaikan ucapan penerimaan.

Menurut Dato’ Seri Mahdzir, pengiktirafan ini membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin dan menghargai sumbangan dan peranan penulis yang meneruskan tradisi penulisan budaya tinggi berwahana bahasa Melayu. Bidang penulisan, tidak kira bidang ilmu dan genre, memainkan peranan yang amat besar dalam pembinaan negara yang berdaulat. Hal ini adalah kerana ilmu dan karya yang ditulis dalam bahasa ibunda sesebuah negara itulah yang boleh meningkatkan martabat masyarakatnya. Maka, kerajaan sentiasa berusaha mengangkat martabat sastera kebangsaan dan seterusnya mengiktiraf penulis yang berkarya demi kepentingan masyarakat dan negara.

Seterusnya dalam ucapan penerimaan anugerah oleh Dato’ Dr. Zurinah Hassan, beliau menceritakan saat beliau mula menceburi bidang penulisan ini. “Saya mula mencintai buku dan penulisan sejak 40 tahun yang lalu, ketika orang tua-tua masih bertengkar adakah wajar membenarkan anak perempuan belajar di sekolah menengah yang semuanya jauh di bandar. “

Semoga anugerah ini akan memberikan semangat kepada beliau untuk terus berkarya dan menyumbangkan keintelektualan ke arah pembangunan minda dan sahsiah bangsa. Turut diadakan pada malam tersebut ialah persembahan fragmen karya Sasterawan Negara ke-13.

Dato' Dr. Zurinah menerima anugerah daripada Menteri Pendidikan.

Dato’ Dr. Zurinah menerima anugerah daripada Menteri Pendidikan. Yang turut kelihatan (dari kiri) Tuan Haji Abdul Adzis, Tan Sri Dr. Madinah dan  Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh.

 Klik untuk menonton video ucapan penerimaan anugerah oleh Dato’ Dr. Zurinah Hassan.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044321
    Visit Today : 742
    This Month : 26920
    Total Visit : 1044321
    Hits Today : 2384
    Total Hits : 4287357
    Who's Online : 12
  • Kategori