MSS_9199

Haji Abdul Adzis bin Abas

TANGGAL 19 Februari 2016, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerima kehadiran Ketua Pengarah yang kesebelas, Tuan Haji Abdul Adzis bin Abas. Beliau menggantikan Datuk Dr. Awang Sariyan yang telah menamatkan tugasnya di DBP pada 31 Januari 2016.

Haji Abdul Adzis dilahirkan pada 20 Mei 1951, di Oran, Perlis. Kelulusan akademik beliau ialah B. A. (Hons) Sejarah, (UKM–1976 Diploma Pendidikan  UKM –1976), Pengkhususan Sejarah dan Bahasa Melayu.

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang pendidikan sepanjang 32 tahun dalam perkhidmatan awam. Antaranya beliau pernah menjadi guru, pengetua, Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor dan bersara sebagai Ketua Nazir Sekolah pada tahun 2008.

Kehadiran Haji Adzis disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Kehadiran Haji Abdul Adzis disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Selepas bersara, beliau menganggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri dari 19 Februari 2013  hingga  18 Februari 2016. Haji Abdul Adzis juga aktif dalam persatuan dan badan bukan kerajaan. Antaranya Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor, Penasihat Persatuan Sejarah Negeri Selangor, Ahli Jawatankuasa Pendidikan Yayasan Selangor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Guru Malaysia Berhad  dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Selangor.

Haji Abdul Adzis merakamkan hari pertama tugasan beliau di DBP.

Haji Abdul Adzis merakamkan hari pertama tugasan beliau di DBP.

Hari pertama beliau di DBP telah disambut oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengelola DBP, Pengurusan Tertinggi DBP, Ketua-ketua Bahagian dan staf DBP. Semoga dengan kehadiran Haji Abdul Azdzis akan memberikan nafas baharu kepada DBP dalam usaha memperkasa bahasa dan persuratan Melayu dalam zaman yang serba mencabar ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1032228
    Visit Today : 1187
    This Month : 14827
    Total Visit : 1032228
    Hits Today : 4224
    Total Hits : 4226496
    Who's Online : 12
  • Kategori