Oleh TENGKU FAUZIAH KU MAT

Sabah merupakan lokasi penganjuran Simposium Penulis Pelbagai Kaum pada tahun 2015. Simposium yang dianjurkan oleh Bahagian Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah dan Badan Bahasa dan Sastera, Sabah (BAHASA) itu telah berlangsung pada 7 – 8 Ogos 2015 di Dewan Amil Jaya, DBP Cawangan Sabah dan Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

Yang Berhormat Datuk Bobby Suan, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah telah merasmikan Simposium Penulis Pelbagai Kaum.

Yang Berhormat Datuk Bobby Suan, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah telah merasmikan Simposium Penulis Pelbagai Kaum.

Yang Berhormat Datuk Bobby Suan, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah telah merasmikan simposium yang bertemakan “Kepelbagaian Etnik Penjana Transformasi Sastera Kebangsaan”. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Dr. Zaharani Ahmad; Datuk Abang Sallehudin Abang Shokeran, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera; dan Encik Jasni Matlani, Presiden Badan Bahasa dan Sastera, Sabah.

Sesi ucaptama yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Arifin Arif.

Sesi ucaptama yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Arifin Arif.

Sesi ucaptama yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Arifin Arif telah membuka tirai simposium, sekali gus merungkaikan objektif utama penganjuran Simposium Penulis Pelbagai Kaum, iaitu memberi peluang kepada penulis pelbagai kaum menyemarakkan dan mengangkat mutu sastera Melayu sebagai sastera kebangsaan. Selain itu, simposium ini juga menghimpunkan tokoh/pengkaji bahasa dan sastera dalam satu pertemuan bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, serta membina jati diri bangsa berasaskan nilai murni masyarakat melalui pemantapan sastera kebangsaan.

Seramai sembilan orang pengkaji membentangkan kertas kerja mereka. Sesi pertama dimulai oleh Dr. Chemalin Anak Osup (UPSI), Dr. Hendry Bating (Momogunsia) dan Encik Raymond Majumah (BAHASA) yang membentang kertas kerja tentang “Sumbangan Kepelbagaian Etnik dalam Konteks Penjanaan Transformasi Sastera Kebangsaan”.

Antara pembentang kertas kerja. Dari kiri: Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong (UKM), Puan Noraini Abd. Hamid (Moderator), Puan Rita Lasimbang (KLF) dan Dr. Awang Azman Awang Pawi (UNIMAS).

Antara pembentang kertas kerja. Dari kiri: Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong (UKM), Puan Noraini Abd. Hamid (Moderator), Puan Rita Lasimbang (KLF) dan Dr. Awang Azman Awang Pawi (UNIMAS).

Seterusnya, Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong (UKM), Puan Rita Lasimbang (KLF) dan Dr. Awang Azman Awang Pawi (UNIMAS) meneruskan sesi kedua dengan kupasan tentang “Peranan Penulis Pelbagai Etnik dalam Mewarnai Transformasi Sastera Kebangsaan”. Akhir sekali, sesi ketiga menggandingkan Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman (UM), Profesor Madya Dr. Hashim Ismail dan Profesor Madya Dr. Ramzah Dambul (UMS) dengan perbincangan menarik tentang “Pemikiran dan Kecendekiawanan Pengarang Malaysia dalam Konteks Transformasi Sastera Kebangsaan”. Simposium diakhiri dengan sesi forum yang memperdebatkan tema utama simposium oleh ahli panel yang tidak asing lagi, Encik Abdul Wahab Hamzah (DBP Kuala Lumpur) dan Encik Jaya Ramba (PUTERA).

Antara peserta yang hadir dalam symposium tersebut.

Peserta yang hadir dalam simposium tersebut.

Malam Santai Puisi Pelbagai Kaum di Lintasan Deasoka Jalan Gaya, Kota Kinabalu sungguh meriah. Ramai pemuisi tempatan turut mendeklamasikan puisi mereka. Antaranya, termasuklah Fuad Debit, Ramli Jusoh, Jasni Matlani, A.Wahab Hamzah, E-Pian dan SM Kean Kok.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1036510
    Visit Today : 1288
    This Month : 19109
    Total Visit : 1036510
    Hits Today : 6239
    Total Hits : 4252329
    Who's Online : 7
  • Kategori