KEMELESETANJudul              :           Kemelesetan Ekonomi Dunia: Pengalaman Pulau Jawa

Penulis            :          Nazarudin Zainun

Harga              :          RM35.00

Tahun             :           2015

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

ZAMAN kemelesetan merupakan satu tempoh yang menyaksikan kemerosotan ekonomi dunia sekitar tahun 1920-an hingga 1930-an. Tempoh ini dianggap sebagai zaman kemelesetan ekonomi terburuk dan paling signifikan dalam sejarah ekonomi dunia. Tempoh tersebut juga dijadikan kayu ukur dalam membandingkan sejauh mana ekonomi pada zaman moden boleh mengalami kejatuhan. Buku ini membincangkan kemelesetan ekonomi dunia, khususnya yang berlaku di Pulau Jawa bermula pada tahun 1029 hingga 1935. Pulau Jawa dipilih sebagai atas faktor peranannya sebagai pusat pentadbiran penjajah Belanda pada tempoh tersebut. Secara khusus, buku ini memberi kefahaman dan pengetahuan tentang cara bagaimana Pulau Jawa berhadapan dengan konflik kemelesetan ekonomi. Krisis ekonomi yang melanda Pulau Jawa antara tahun 1929 hingga 1935 sebenarnya merupakan satu gejala ekonomi dunia kerana hampir tidak ada satu negara pun, terutama yang terlibat dalam ekonomi import dan eksport, terlepas daripada pengaruh krisis ini. Oleh sebab itu, krisis ini dirujuk sebagai “zaman meleset”.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044931
    Visit Today : 1352
    This Month : 27530
    Total Visit : 1044931
    Hits Today : 5106
    Total Hits : 4290079
    Who's Online : 8
  • Kategori