100

 

Judul              :           100 Persoalan Mengenai Kesihatan Anak Anda

Penulis           :           Norsarwany Mohamad, Norkhafizah Saddki, Noorliza Mastura Ismail

Harga             :           RM28.00

Tahun             :           2014

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

 

PENERBITAN buku ini bertujuan untuk melengkapkan diri ibu bapa dengan pengetahuan asas berkaitan kesihatan kanak-kanak. Buku ini disusun dalam bentuk persoalan tentang perkembangan, penjagaan dan masalah kesihatan kanak-kanak yang mungkin sering timbul dalam fikiran ataupun memang dihadapi oleh ibu bapa.

Jawapan yang merupakan penerangan tentang masalah atau situasi yang dihadapi, cadangan penyelesaian, nasihat, langkah pencegahan dan kaedah rawatan ditulis secara ringkas dan mudah difahami. Persoalan yang dihuraikan merangkumi keseluruhan sistem badan, termasuk masalah kesihatan lazim yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak seperti imunisasi, pertumbuhan gigi, dan ruam hingga masalah yang lebih serius seperti sakit jantung, barah dan talasemia.

Pendekatan soal jawab sesuai buat ibu bapa yang mahu jawapan yang pantas dan ringkas terhadap masalah yang dihadapi sepanjang membesarkan anak-anak.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044823
    Visit Today : 1244
    This Month : 27422
    Total Visit : 1044823
    Hits Today : 4583
    Total Hits : 4289556
    Who's Online : 8
  • Kategori