Oleh Zaidi Ismail

Pada 23 Mei, bertempat di Dewan Za’ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, telah diadakan Seminar Tatabahasa Bahasa Melayu. Seminar ini diadakan untuk memperkatakan tentang tatabahasa bahasa Melayu dan buku pegangannya, iaitu Tatabahasa Dewan.

tatabahasa dwn

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Buku Tatabahasa Dewan pula merupakan buku yang merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu.

zaidi 2

Cikgu Abdul Ghalib Yunus membentangkan kertas kerja bertajuk “Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah: Satu Cara Mudah untuk Menguasai Tatabahasa”.

Buku Tatabahasa Dewan yang menjadi buku pegangan itu telah diterbitkan oleh DBP sejak tahun 1986. Buku tersebut telah dicetak ulang berkali-kali dan terbitannya telah diperbaharui serta telah diterbitkan dalam edisi ketiga. Untuk memudahkan pemahamannya, khususnya bagi para pelajar, DBP telah menerbitkan satu set buku  tatabahasa yang baharu, iaitu Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah. Buku ini mengandungi tiga siri, iaitu Buku 1, Morfologi: Bentuk Kata; Buku 2, Morfologi: Golongan Kata; dan Buku 3, Sintaksis: Binaan Ayat.

Selepas ini, akan terbit pula edisi untuk pelajar sekolah menengah. Kumpulan penulis yang menulis buku ini terdiri daripada lima orang penulis yang diketuai oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim bersama-sama Profesor Farid M. Onn, Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa, Profesor Emeritus Dr. Hamid Mahmud, Muhammad Salehuddin Aman dan Abdul Ghalib Yunus.

zaidi 1

Penulis bersama-sama Dr. Norazlina Haji Mohamad Kiram, Dr. Hasnah Mohamad dan Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Daing Melebek.

zaidi 3

Prof. Madya Dr. Abdul Mua’ti.

Untuk memperkatakan buku ini, Cikgu Abdul Ghalib Yunus, Munsyi Dewan telah diundangkan untuk membentangkan kertas kerja dalam Seminar Tatabahasa Bahasa Melayu, “Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah: Satu Cara Mudah untuk Menguasai Tatabahasa”. Dalam seminar tersebut, Abdul Ghalib menyatakan bahawa pendekatan yang digunakan dalam penulisan buku tersebut sangat mudah dan istilah-istilah sukar dalam buku sebelumnya juga digantikan dengan istilah yang mudah, sesuai dengan murid-murid sekolah rendah. Kandungan buku tersebut juga disusun mengikut sukatan pelajaran terkini.

Seminar anjuran Pelajar Master Kursus Seminar Bahasa Melayu, FBMK UPM dengan kerjasama  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kosas, Ampang itu telah dirasmikan oleh  Profesor Madya Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Dekan FBMK, UPM.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043512
    Visit Today : 1376
    This Month : 26111
    Total Visit : 1043512
    Hits Today : 5047
    Total Hits : 4284642
    Who's Online : 12
  • Kategori