JAL_8680

YBhg. Tan Sri Dr. Madinah Mohamad sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Pada 7 Mei 2015 yang lepas, telah berlangsungnya Bengkel Memartabatkan Pengajian Melayu bertempat di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Dekan Pengajian Melayu Universiti Awam, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Warisanegara.

Bengkel Memartabatkan Pengajian Melayu ini diadakan berasaskan permintaan YBhg. Tan Sri Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia bagi membincangkan masa depan Pengajian Melayu. Bengkel ini dihadiri ahli akademik universiti, institusi/agensi badan bukan kerajaan, tokoh dan pihak yang peranannya boleh menyumbang kepada pemartabatan Pengajian Melayu.

JAL_8715

Ucaptama oleh Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan sumbangan, kepentingan dan permasalahan Pengajian Melayu. Selain itu, langkah-langkah yang boleh diambil dalam memartabatkan Pengajian Melayu di peringkat nasional dan juga internasional turut dibincangkan.

Bengkel yang berlangsung selama sehari ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad. Majlis perasmian kemudiannya disempurnakan dengan penyampaian Ucaptama oleh YBhg. Tan Sri Dr. Rais Yatim.

YBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Tan Sri Dr. Rais Yatim.

YBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Sebanyak tujuh kertas kerja telah dibentangkan dalam sesi bengkel ini. Para pembentang yang terlibat ialah Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latif Abu Bakar, Prof. Datuk Shamsul Amri Baharudin, Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Datuk Dr. Awang Sariyan, Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa, Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan, Prof. Dr. Norhashimah Jamaluddin dan Prof. Dr. Shaharir Mohd. Zain. Antara isu dan topik yang dibincangkan adalah berkaitan pemerkasaan Pengajian Melayu, kebolehpasaran pelajar Pengajian Melayu dan Pengajian Melayu dari perspektif luar sains sosial.

Sesi pembentangan kertas kerja.

Bengkel yang menghimpunkan para ilmuwan serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri pendidikan negara ini diharapkan dapat menjadi wahana untuk membincangkan kaedah dan mekanisme yang boleh diguna pakai dalam melaksanakan agenda memperkasa Pengajian Melayu untuk memartabatkan medan pengajian ini ke peringkat antarabangsa.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013603
    Visit Today : 866
    This Month : 32948
    Total Visit : 1013603
    Hits Today : 2892
    Total Hits : 4134997
    Who's Online : 13
  • Kategori