hakikat

 

Judul              :           Hakikat Insan: Satu Kritikan

Penulis           :           Abdulfatah Haron Ibrahim

Harga             :           RM15.00

Tahun             :           2014

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU ini merupakan usaha pengarang untuk membetulkan penyelewengan yang dilakukan oleh pengarang buku Hakikat Insan, iaitu Ahmad Laksamana yang cuba menyebarkan ajaran Batiniyah dan Wahdat al-Wujud. Dalam buku Hakikat Insan, Ahmad Laksamana menterjemah dan mentakwil ayat-ayat al-Quran mengikut fahaman sendiri walaupun tidak mengubah ayat al-Quran.

Secara licik ajaran Batiniyah menolak al-Quran dan sunah, malah mempermainkan dan memperalatkan huruf-huruf dan ayat-ayat al-Quran sebagai helah untuk memusnahkan Islam dari dalam. Antara yang menjelikkan adalah apabila pengarang menggambarkan kalimah Allah mengandungi perkataan mencarut dan lucah.

Buku ini bukan sahaja mendedahkan “tembelang” buku Hakikat Insan bahkan menjawab beberapa persoalan tentang ajaran sesat berteraskan fahaman Wahdat al-Wujud. Hal ini penting agar masyarakat Islam tidak terseleweng daripada akidah yang sebenar.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044043
    Visit Today : 464
    This Month : 26642
    Total Visit : 1044043
    Hits Today : 1270
    Total Hits : 4286243
    Who's Online : 9
  • Kategori