Oleh ADNAN BIN ABD JAMIL

Baling ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak di sebelah tenggara dan Negara Thailand di sebelah timur laut. Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong. Raja Bersiong yang menderita sakit gigi telah memulas keluar kedua-dua siungnya di suatu tempat dan membaling gigi itu lalu jatuh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.

Pembangunan yang dirancang semakin menambah pertumbuhan ekonomi Baling. Banyak premis perniagaan diwujudkan untuk kemudahan penduduk tempatan.

Masih terdapat para pemilik premis perniagaan di sini yang menggunakan bahasa Inggeris atau mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris papan tanda nama kedai mereka. Pemilik kedai “Gemilang: Cake House” dan “Ana: Cakes & Bakery” perlu lebih peka kerana perkataan Inggeris, cake, boleh ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu “kek”.

1cake

“Zainab Collection” dan “Oli Collection” hendaklah menukarkan papan tanda nama kedai mereka menjadi “Koleksi Zainab” dan “Koleksi Oli”.2 collection

Iklan promosi ini jelas dan difahami oleh semua orang. Walau bagaimanapun, perkataan “stock” di sini adalah perkataan Inggeris. Untuk makluman, perkataan ini telah pun diserapkan ke dalam bahasa Melayu dan dieja “stok”.

3 melayu ingg

 

Dalam keghairahan pemilik premis menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa yang bercampur aduk, masih terdapat pemilik yang prihatin dan mengutamakan bahasa Melayu. Tahniah diucapkan kepada pemilik “Kedai Kain Ayu” dan “Kedai Kain Berjaya”.

5 kedai kain ok

 

Begitu juga dengan pemilik “Restoran Lean Vooi” dan “Kedai Kopi Yean Tong” yang mengutamakan bahasa Melayu, walaupun pelanggan kedai mereka bukan daripada kaum Melayu.

6 restoran cna ok

 

Pengunjung pasti akan singgah untuk makan di “Rasa Restoran”. Tetapi, pemilik restoran kedai makanan ini menulis salah nama restorannya. Dalam hukum D-M bahasa Melayu, unsur yang diterangkan (D) merupakan unsur inti atau kata utama yang harus didahulukan daripada perkara yang menerangkannya (M). Bagi premis di atas, perkataan “restoran” merupakan kata utama yang perlu ditulis di hadapan. Jadi, nama yang betul mengikut Hukum D-M ialah “Restoran Rasa”.

7 rasa rest

Sebagai makluman kepada pengguna bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyediakan Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa untuk para pengguna menanyakan apa-apa sahaja kemusykilan tentang bahasa. DBP turut menerbitkan Siri Lembar Bahasa sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan Siri Lembar Bahasa dapat dicapai melalui Laman Sesawang DBP – http://www.dbp.gov.my.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1253484
    Visit Today : 146
    This Month : 9621
    Total Visit : 1253484
    Hits Today : 328
    Total Hits : 5655721
    Who's Online : 7
  • Kategori