Oleh ADNAN ABD JAMIL

Wacana Pencerahan Minda Melayu telah diadakan pada 28 Oktober 2014, di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tokoh yang dijemput untuk menyampaikan wacana pada kali ini ialah Profesor Dr. Noriah Taslim, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk wacana yang disampaikan ialah

Antara yang hadir dalam wacana tersebut.

“Kolonialisme dan Litarary Renaissance di Dunia Melayu Abad Ke-18/19”.

Wacana ini merupakan wadah untuk mendiskusikan anjakan pemikiran Melayu, khususnya dalam kepengarangan Melayu.

Melalui wacana ini, diharapkan muncul hasil kajian dan dapatan baharu berkenaan impak kolonialisme terhadap minda Melayu.

wacana minda 2 resize

Prof Dr. Zaharani Ahmad menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dalam ucapan alu-aluan, YBhg. Profesor Dr. Zaharani Ahmad, sebagai wakil Ketua Pengarah DBP, membaca teks ucapan Ketua Pengarah DBP berkata, kekayaan hasil bumi dan perdagangan, menjadi faktor penting yang menarik perhatian kolonial Barat, untuk melaksanakan kolonialisme di dunia Melayu.

“Kolonialisme telah memberikan impak yang jelas dalam politik, ekonomi dan sosial di dunia. Persuratan Melayu juga tidak terkecuali daripada menerima impak ini,” kata beliau lagi.

Persaingan kuasa antara kolonial Inggeris dan Belanda di dunia Melayu menyebabkan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda di London pada 17 Mac 1824. Perjanjian itu menjadikan dunia Melayu terpecah dalam lingkungan dua pengaruh, iaitu pengaruh Inggeris dan pengaruh Belanda.

Perpecahan ini menyebabkan berakhirnya Empayar Johor-Riau apabila Singapura dan tanah besar Johor jatuh ke tangan Inggeris, manakala Kepulauan Riau jatuh ke tangan Belanda.

wacana minda 4 resize

Pengerusi majlis memperkenalkan tokoh pembicara wacana.

Sebelum sesi dimulakan, pengerusi wacana, Shahrun Nizal Mohd Nor memperkenalkan tokoh yang akan menyampaikan wacana. Profesor Dr. Noriah Taslim merupakan Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah bertugas sebagai Timbalan Dekan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia serta Pensyarah Kunjungan di Jepun dan Brunei.

wacana minda 1 resize

Profesor Dr. Noriah menyampaikan wacana beliau yang bertajuk “Kolonialisme dan Litarary Renaissance di Dunia Melayu Abad Ke-18/19”.

Menurut Profesor Dr. Noriah, dunia Melayu abad ke-18 dan ke-19 dikenali juga sebagai abad kolonial. Beberapa daerah dan negeri Melayu dijajah atau dijadikan tapak petempatan Eropah.

Menurut beliau lagi, pertembungan dengan Eropah mempunyai dampak yang hebat ke atas pemikiran dan budaya peribumi. Kolonialisme telah memejalkan dan menampilkan imej Eropah sebagai bangsa yang perkasa, bertamadun dan sempurna dari segi fizikal dan intelek. Abad kolonial memang dimaksimumkan untuk membulatkan kepercayaan peribumi terhadap kelebihan dan ketinggian bangsa Eropah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044472
    Visit Today : 893
    This Month : 27071
    Total Visit : 1044472
    Hits Today : 3020
    Total Hits : 4287993
    Who's Online : 14
  • Kategori