Oleh MUHAMMED SALEHUDIN AMAN

Salehuddi Aman

Muhammed Salehudin Aman

Singgan bermaksud sehingga atau sampai. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1.  Dia tidak muncul-muncul lagi singgan sekarang.

2. Singgan di sini sahaja saya dapat menghantarmu, kerana jalan ke rumahmu tidak dapat dilalui kereta.

Perkataan singgang dan senggang hampir-hampir sebunyi.  Kedua-dua perkataan ini mendukung makna yang khusus. Namun, ada yang tersilap menggunakan kedua-dua perkataan ini mengikut maksud yang betul.

Kesalahan terjadi apabila maksud senggang digunakan untuk perkataan singgang, dan maksud singgang digunakan untuk maksud senggang.

Salah satu maksud perkataan singgang berkaitan dengan jenis masakan yang sungguh ringkas dan mudah.  Masakan singgang bermaksud ikan yang direbus dan digarami. Selain itu, perkataan singgang juga mendukung makna panggang atau salai.  Perbuatan menyalai ikan atau memanggang daging ayam dikatakan menyinggang ikan atau menyinggang ayam. Dalam istilah sastera lama, singgang bermaksud perbuatan memegang telinga dengan menyilangkan tangan sambil duduk bangun berulang-ulang.

1. Hukuman singgang ke atas murid yang bersalah bukan amalan yang baik.

Perkataan senggang bermaksud, lapang, terluang atau tidak sibuk.  Semua maksud ini berkaitan dengan faktor waktu.

1. Pada waktu senggang, Sunil gemar membaca buku.

Maksud kedua ialah keras kepala atau tegar hati. Contoh ayat:

1. Budak itu sungguh senggang sukar untuk menasihatinya.

Dengan maksud jarak, selang atau terluang pula, ayat contoh yang menggarap maksud ini ialah:

1. Dia selalu ke sini senggang dua hari.

2. Baginya, tidak ada waktu senggang untuknya berfoya-foya.

Demikian perbezaan makna ketiga-tiga perkataan tersebut dalam bahasa Melayu.

(Catatan: Encik Muhammed Salehudin Aman ialah Munsyi Dewan)

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014976
    Visit Today : 1005
    This Month : 34321
    Total Visit : 1014976
    Hits Today : 5458
    Total Hits : 4142260
    Who's Online : 12
  • Kategori