Oleh ANA MOHAMAD BESS

ALAMANDA merupakan satu-satunya pusat beli-belah yang terdapat di Putrajaya yang menjadi tumpuan para pelancong dan warga Putrajaya. Tatkala kaki hendak melangkah masuk, mata terpaku pada papan tanda yang membayangkan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa Inggeris. Sepatutnya ungkapan bahasa Inggeris lebih kecil daripada ungkapan dalam bahasa Melayu atau ditiadakan langsung!

Ana Resize II

Pintu masuk pusat beli-belah Alamanda menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu sama taraf dengan bahasa Inggeris.

Apa yang terlihat di luar begitulah yang di dalamnya. Kebanyakan penunjuk arah dan papan kenyataan di dalam bangunan setinggi dua tingkat ini mengutamakan bahasa Inggeris sebaliknya  meminggirkan  bahasa Melayu.

Ana Resize IV

Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya pada papan kenyataan.

 

Bagaimana pusat beli-belah yang terletak di pusat pentadbiran negara tidak mengutamakan bahasa kebangsaan sebaliknya mengagung-agungkan bahasa asing? Adakah penduduk Putrajaya dan sekitar majoritinya warganegara asing atau berkomunikasi dalam bahasa asing?

Ana Resize III

Di manakah sifat bertanggungjawab pihak pengurusan Alamanda dalam memartabatkan bahasa kebangsaan?

Bahasa Inggeris digunakan sewenang-wenangnya bagi menyampaikan maklumat tanpa menghiraukan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Sebagai salah satu mercu tanda pusat pentadbiran negara, sepatutnya Alamanda mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan supaya menjadi contoh kepada pemilik pusat beli-belah yang lain.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045438
    Visit Today : 334
    This Month : 28037
    Total Visit : 1045438
    Hits Today : 1097
    Total Hits : 4291662
    Who's Online : 9
  • Kategori