Judul : Kumpulan Cerpen: Getir-getir Maya
Penulis : Sasterawan Negara Arena Wati
Harga : RM 30.00
Tahun : 2014
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
BUKU ini merupakan cetak ulang daripada buku yang pernah diterbitkan pada tahun 2000. Cerpen-cerpen yang terkandung di dalamnya terhasil dari tahun 1986 hingga 1997.
Kebanyakan cerpen dalam kumpulan ini pengalaman penulis yang banyak merantau ketika mudanya. Antaranya ketika beliau tinggal di Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Asia. Beliau merakamkan aksi manusia di tempat yang dikunjunginya.
Walaupun merakamkan budaya manusia asing, beliau tidak melupakan jati dirinya dengan cara mengangkat nilai-nilai Timur yang amat kental di dalam jiwanya. Arena Wati merupakan pemerhati dan pengkritik penguasa yang keras yang jelas tergambar dalam beberapa cerpennya.
Melalui kumpulan cerpen, ini kita dapat menyelami tahap-tahap perlakuan manusia, idealisme pengarang, falsafah cinta, dan falsafah kehidupan. Kumpulan cerpen ini dapat memberikan pengalaman intelektual dan pengalaman seni yang amat bernilai kepada pembaca.
-HASSAN ALIAS