Judul              :           Penjagaan Kesihatan Wanita: Amalan Tradisi dan Moden

Penulis          :           Shariffah Suraya Syed Jamaludin

Harga             :           RM 45.00

Tahun             :           2013

Penerbit        :           Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

 

WANITA merupakan penjaga kesihatan keluarga yang utama. Kerajaan Malaysia mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh  wanita dalam menjaga kesihatan keluarga. Fokus utama buku ini menjurus kepada penjagaan kesihatan wanita di Malaysia, khususnya wanita Melayu yang merupakan kaum utama di Malaysia. Selain itu, aspek penjagaan kesihatan wanita Cina dan India turut dibincangkan.

Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk memaparkan amalan penjagaan kesihatan sebagai sistem budaya yang didasari kepercayaan, nilai dan norma masyarakat. Buku ini menerangkan pandangan dunia kaum wanita di Malaysia dalam memberikan makna kepada kesihatan dan amalan penjagaan kesihatan yang dilakukan bagi mengekalkan kesihatan mereka.

Pengertian sihat, penjagaan kebersihan, amalan harian dalam penjagaan kesihatan wanita turut dibincangkan dalam buku ini. Selain memaparkan amalan budaya dalam penjagaan kesihatan wanita, buku ini turut menyentuh kesan saintifik dan prespektif agama Islam ke atas amalan penjagaan kesihatan yang dilakukan.

Buku ini disasarkan kepada masyarakat umum, terutamanya golongan wanita, pelajar, penyelidik, ahli antropologi dan sosiologi serta mereka yang berminat mengetahui amalan penjagaan kesihatan wanita. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada mereka yang memerlukannya dan dimanfaatkan oleh setiap golongan masyarakat sekali gus menyumbang ke arah penjagaan kesihatan masyarakat.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043960
    Visit Today : 381
    This Month : 26559
    Total Visit : 1043960
    Hits Today : 1005
    Total Hits : 4285978
    Who's Online : 6
  • Kategori