Oleh  HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL B. WAN MANSOR

PADA keluaran yang lepas kita telah membincangkan tentang kata yang menggunakan huruf ‘Ha’ pedas (ح) yang keseluruhannya merupakan kata serapan Arab. Kali ini kita membincangkan satu lagi huruf yang seumpama dengannya iaitu huruf ‘kha’(خ). Jika diteliti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (DBKM) majoriti kata yang menggunakan huruf ini juga merupakan kata serapan bahasa Arab; tidak kira di mana kedudukannya, sama ada di awal, di tengah mahupun di akhir kata.

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘kha’(خ) di awal kata adalah seperti yang berikut:

RUMI

JAWI

       khabar

خبر

       khadam

خدم

       khair

خير

       khairat

خيرات

       khalak

خلق

       khalifah

خليفه

       khalil

خليل

       khalis

خليص

       Khalwat

خلوة

       khamar

خمر

       kharaj

خرج

       khatam

ختم

       khayal

خيال

       khemah

خيمه

       khinzir

خنزير

       khittah

خطة

       khuatir

خواطير

Terdapat juga beberapa kata yang menggunakan huruf ‘kha’ di awal kata merupakan kata serapan daripada bahasa Parsi, sebagai contoh:

RUMI

JAWI

          khanah

خانه

          khanduri (kenduri)

خندوري

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘kha’(خ) di tengah kata pula adalah seperti yang berikut:

RUMI

JAWI

          akhbar

اخبار

          akhir

اخير

          akhirat

اخيرة

          akhlak

اخلاق

          akhtaj

اختاج

          bakhil

بخيل

          Bakhsyisy

بخشيش

          Dakhil

دخيل

          fasakh

فسخ

          ikhbar

اخبار

          ikhfak

اخفاء

          ikhlas

اخلاص

          ikhtiar

اختيار

          ikhtilaf

اختلاف

          ikhwan

اخوان

          makhfi

مخفي

          makhluk

مخلوق

          makhraj

مخرج

          rukhsah

رخصة

          sakhawat

سخاوة

          sakhrat

سخرة

          syakhsi

شخصي

          takhlik

تخليق

          ukhrawi

اخروي

          ukhuwah

اخوة

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘Kha’(خ) di akhir kata pula adalah seperti yang berikut:

RUMI

JAWI

       barzakh

برزخ

       farsakh

فرسخ

       fasakh

فسخ

       mansukh

منسوخ

       masyaikh

مشائخ

       muwarikh

مواريخ

       syeikh

شيخ

       tarikh

تاريخ

Terdapat lebih kurang sepuluh peratus sahaja kata yang menggunakan huruf ‘kh’ bukan merupakan kata serapan bahasa Arab. Majoritinya merupakan kata serapan Arab kerana fonem /kh/ merupakan fonem yang terdapat dalam bahasa Arab.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1015009
    Visit Today : 1038
    This Month : 34354
    Total Visit : 1015009
    Hits Today : 5571
    Total Hits : 4142373
    Who's Online : 12
  • Kategori