Baha Zain

BAHA ZAIN dilahirkan di Batu 15, Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sabak Bernam, Selangor hingga tamat darjah IV pada tahun 1949. Ketika berumur 11 tahun, anak bongsu ini meninggalkan kampungnya untuk memasuki Anglo Chinese School, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) hingga tahun 1957 dan lulus peperiksaan Sijil Persekolahan. Kemudian, beliau belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam.  Seterusnya beliau memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan lulus Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963.

Setelah menamatkan pengajian, Baha Zain bertugas di Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penolong Pegawai Penyelidik mulai Julai 1963.  Sebelum itu, beliau pernah bekerja sementara di Dewan Bahasa dan Pustaka sewaktu cuti panjang universitinya. Kemudian pada tahun 1966, beliau berpindah ke Bahagian Perkamusan sebagai Penolong Ketua Bahagian bagi membantu penyusunanKamus Dewan. Setelah itu, beliau mendapat cuti untuk belajar di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, untuk mengikuti pendidikan khusus mengenai masyarakat dan kebudayaan Indonesia dalam satu program studi peringkat sarjana. Tumpuan minatnya sewaktu di fakulti ini adalah dalam bidang kesusasteraan moden dan tesisnya membicarakan novel-novel Indonesia yang terbaharu di bawah bimbingan H.B. Jassin.

Sekembalinya ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Baha Zain bertugas sebagai Ketua Cawangan Kajian di Bahagian Pengembangan Sastera. Sebagai Ketua Bahagian, Baha Zain juga menjadi Ketua Pengarang pada majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya, anggota sidang pengarang jurnal Tenggara, dan pernah menjadi Ketua Pengarang Dewan Bahasa. Mulai tahun 1982, Baha Zain dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.  Pada tahun 1984 beliau meletakkan jawatan untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan.  Pada tahun 1985, beliau menerbitkan majalah berita mingguan Era di Subang Jaya, Selangor. Mulai tahun 1994, Baha Zain menjadi Pengerusi Eksekutif Dasar Padu (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat penerbitan di samping mengendalikan Pustaka Cipta, syarikat penerbitannya sendiri sejak tahun 1985.

Kepakaran dan pemikiran Baha Zain yang cemerlang sentiasa diperlukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak kerajaan. Baha Zain dilantik sebagai ahli Lembaga Amanah, Yayasan Penataran Ilmu sejak tahun 1986. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang penerbitan buku, Baha Zain pernah dipilih sebagai Presiden, Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional (1989-1994). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia pada beberapa tahun (1985-1991) dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemahan Negara Malaysia (1993-2009). Selain itu Baha Zain pernah menjadi anggota Majlis Perkembangan Buku Kebangsaan (1986-1994), juga pernah menganggotai Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis Kebangsaan, Malaysia (1984-1997). Baha Zain juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengelola DBP (1989-1992, 2002-2005 dan 2005-2008).

Baha menerima anugerah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ketokohan Baha Zain telah melayakkan beliau dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dari tahun 1974 hingga tahun 1976. Baha Zain juga pernah menjadi Anggota Panel Anugerah Sastera Negara dari tahun 1985 hingga tahun 1996. Di samping itu, beliau dilantik sebagai Panel S.E.A. Write Award peringkat Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2005.

Selain bergerak pada peringkat kebangsaan, Baha Zain turut terlibat dalam pertemuan-pertemuan sastera, bahasa dan budaya pada peringkat antarabangsa, justeru beliau berpeluang berkenalan dengan pengarang luar negara. Pada tahun 1972, beliau menghadiri Persidangan Bahasa Kebangsaan Negara-negara Asia di Manila, Filipina.  Kemudian pada tahun 1974, beliau menyertai Kongres Puisi Dunia kedua di Taipei dan beberapa pertemuan lain di Jepun dan Korea. Ketika Persidangan Penulis-penulis ASEAN yang pertama diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977, Baha Zain menjadi Pengarah Persidangan tersebut.

Baha Zain juga pernah menghadiri Seminar Penulisan Antarabangsa, Singapura pada tahun 1986, Kongres Puisi Sedunia, Bangkok, 1988, Seminar Penulisan Antarabangsa, Tokyo, 1996 serta menerima undangan sebagai penulis dan wartawan budaya dari Goethe Institute, Frankfurt International Book Fair pada tahun 2005. Pada tahun 2009, beliau menghadiri Malam Penyair ASEAN yang diadakan di Korea Selatan dan Festival Penulis Singapura di Singapura.

Kecemerlangan, ketokohan dan sumbangannya terhadap kesusasteraan Melayu, bahasa dan budaya diktiraf melalui pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Pada tahun 1967, buku Hikayat Cekel Waneng Pati  yang disusun semula oleh belaiu telah diberi hadiah oleh UNESCO sebagai bahan bacaan tambahan yang baik untuk pelajar di sekolah menengah. Pada tahun 1971, Baha Zain memenangi Hadiah Karya Sastera untuk puisi-puisinya yang berjudul “Dalam Lingkaran”, “Topeng-topeng” dan cerpennya, “Malam yang Melemparkan”. Pada tahun 1973, beliau sekali lagi memenangi Hadiah Karya Sastera untuk genre puisi dan esei/kritik. Baha Zain telah dipilih menerima Anugerah S.E.A. Write daripada Kerajaan Thailand pada tahun 1980.

Puisi-puisi beliau banyak memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Eceran. Puisinya yang berjudul “Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian” memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 manakala puisi “Apabila Menulis Puisi” memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009. Pada tahun 2012, dua buah puisi Baha Zain memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, iaitu “Permainan Mimpi” dan Dalam Persekitaran Kata-kata”

Selain itu, Baha Zain turut menerima Anugerah Penyair Gapena (1988), Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia (2004), Anugerah Budayawan Gapena (2008), dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada USM (2010), dan Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2011).

Baha Zain dikurniakan Darjah Kesateria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1982), Darjah Cura Simanja Kani (PCM) daripada DYMM Sultan Perak (1986), Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) daripada DYMM Sultan Perak (1998).

SENARAI KARYA

A. BUKU

KUMPULAN PUISI (PERSEORANGAN)

1.         Perempuan dan Bayang-bayang, 1974. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.         Dari Kertas Catatan Tengah Malam, 1978. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.         Tiga Catatan Perjalanaan, 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.         Jalan Desa ke Kota, 1994. Kuala Lumpur: Pustaka Cipta.

5.         Setaman Pantun, 2002. Kuala Lumpur: Pustaka Cipta.

6.         Topeng-topeng (Puisi-puisi Baha Zain), 2003.

7.         Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-Sajak Lain, 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.         “Renungan di Taman dan Sajak-sajak Merdeka” dalam penyuntingan.

KUMPULAN ESEI DAN KRITIKAN/KAJIAN SASTERA (PERSEORANGAN)

1.         Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu 1957-1972, 1976Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.         Esei Sastera Baha Zain, 1979Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.         Esei dan Puisi Baha Zain, 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.         Memartabatkan Persuratan Melayu, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.         Monolog Kecil” dalam penyuntingan.

KUMPULAN CERPEN (PERSEORANGAN)

1.         Berguru Pada Binatang, 2000. Kuala Lumpur: Pustaka Cipta.

ANTOLOGI PUISI

1.         Suara Tujuh, 1969. Penerbitan Setia Murni.

2.         Pilihan Puisi Baru Malaysia Indonesia, 1980. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.         Puisi-puisi Nusantara, 1981. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.         Tinta Pena, 1981. Kuala Lumpur: Persatuan Penulis Nasional Malaysia.

5.         Lagu Kehidupan, 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.         100 Sajak Malaysia, 1984. Subang Jaya: Tra-tra Publishing.

7.       Bintang Mengerdip, 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.         Bunga Gerimis, 1986. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

9.         Puisirama Merdeka, 1986. Kuala Lumpur: Persatuan Penulis Nasional Malaysia.

10.       Bahasa Alam, 1986. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

11.       Kumpulan Puisi Malaysia 1975-1985, 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12.       Puisi Baharu Melayu 1961-1986, 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13.       Malaysia dalam Puisi, 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14.       Suara Rasa, 1993. Kuala Lumpur: Malayan Banking Berhad.

15.       Puisi-puisi Kunjungan, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

ANTOLOGI ESEI DAN KRITIKAN/KAJIAN SASTERA

1.         Penulisan Kreatif, 1980. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.         Novel-novel Melayu dalam Kritikan, 1982. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

B.        KARYA ECERAN

PUISI

1.         “Hidup Ini” dlm. Utusan Zaman, 23 September 1962.

2.         “Dada Merah Jingga” dlm. Utusan Zaman, 14 September 1969.

3.         “69” dlm. Dewan Bahasa, 1 Januari 1969.

4.         “Cinta Manusia Berani” dlm. Dewan Bahasa, 1 Jun 1969.

5.         “Surat 1 Januari 2000” dlm. Dewan Bahasa, 1 Jun 1969.

6.         “Aide-Memoire” (untuk seorang jeneral) dlm. Dewan Masyarakat, 15 Julai 1969.

7.         “Mataku” dlm. Dewan Bahasa, 1 Januari 1970.

8.         Surat dari Perbatasan” dlm. Dewan Bahasa, 1 Januari 1970.

9.         “Cinta Kota” dlm. Dewan Masyarakat, 1 April 1970.

10.       “Pakatan Wanita Asia” dlm. Utusan Zaman, 8 Februari 1970.

11.       “Malam Sarat Mengandung Kisah” dlm. Dewan Sastera, 15 Julai 1972.

12.       “Beberapa Catatan Kenangan” dlm. Dewan Sastera, 15 Februari 1972.

13.       “Sketsa Anak Kecil” dlm. Dewan Bahasa, 1 Mac 1973.

14.       “Gelombang Kenangan” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1973.

15.       “Menangguhkan Kebenaaran” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1973.

16.       “Pada Mulanya Kami Tak Menyangka Waktu Akan Tua” dlm. Dewan Sastera, 15 April 1974.

17.       “Antara Katak dan Manusia” dlm. Dewan Sastera, 15 November 1975.

18.       “Belajar Jadi Dewasa” dlm. Dewan Sastera, 15 November 1975.

19.       “Tanpa Judul” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1976.

20.       “Salam Terakhir” dlm. Berita Minggu, 5 Disember 1976.

21.       “Antara Iklan dan Iklan” dlm. Suara Merdeka, 5 Disember 1976.

22.       “Kita Adalah Embun yang Tak Pernah Kekal di Atas Daun” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1977.

23.       “Fantasi Malam Sepi” dlm. Dewan Sastera, 15 Mei 1978.

24.       “Lilak” dlm. Dewan Sastera, 15 Mei 1978.

25.       “Nyanyian Bulan Oktober” dlm. Berita Minggu, 12 November 1978.

26.       “Dunia Baru Seekor Katak’ dlm. Dewan Sastera, 15 November 1978.

27.       “Sewaktu Kau Lena” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Februari 1979.

28.       “Sajak Warga Kota” dlm. Dewan Budaya, 1 Julai 1979.

29.       “Bahasa Alam” dlm. Dewan Budaya, 1 Disember 1979.

30.       “Sajak” dlm. Mastika, 1 Mac 1981.

31.       “Londonmu” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 1990.

32.       “Beberapa Catatan Kenangan” dlm. Malay Literature, 1 Januari 1992.

33.       “Hujan Tengah Malam” dlm. Malay Literature, 1 Januari 1992.

34.       “Keseorangan” dlm. Malay Literature, 1 Januari 1992.

35.       “Menangguhkan Kebenaran” dlm. Malay Literature, 1 Januari 1992.

36.       “Perempuan” dlm. Malay Literature, 1 Januari 1992.

37.       “Rayuan Wanita Asia’ dlm. Malay Literature, 1 Januari 1992.

38.       “Sketsa Anak Kecil” dlm. Malay Literature, 1 Januari 1992.

39.       “Surat ke Semenanjung dari Benua Jauh” dlm. Malay Literature, 1 Januari 1992.

40.       “Doa Pada Hujung Perjalanan”, Perisa: Jurnal Puisi Melayu, Jilid 2, 1994.

41.       “Dua Wajah Kenyataan”, Perisa: Jurnal Puisi Melayu, Jilid 2, 1994.

42.       “Kini”, Perisa: Jurnal Puisi Melayu, Jilid 2, 1994.

43.       “Pagi”, Perisa: Jurnal Puisi Melayu, Jilid 2, 1994.

44.       “Dengan Bahasa” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 1994.

45.       “Menangguhkan Kebenaran” dlm. Metro Ahad, 3 Mac 1996.

46.       “Berikan Padaku” dlm. Metro Ahad, 25 Mei 1997.

47.       “Di Lewat Usiaku” dlm. Karya, 1 November 1997.

48.       “Di Perantauan Menjelang Musim Dingin” dlm. Karya, 1 November 1997.

49.       “Di Taman Shakespeare” dlm. Karya, 1 November 1997.

50.       “Hanya Engkau” dlm. Karya, 1 November 1997.

51.       “Sepantun Taman” dlm. Karya, 1 November 1997.

52.       “Anak Asia” dlm. Horison 1 November 1997.

53.       “Malam” dlm. Horison 1 November 1997.

54.       “Pantun” dlm. Dewan Budaya, 1 April 2001.

55.       “Kejahatan dan Balas Dendam” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2001.

56.       “Salam kepada Usman” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2002.

57.       “Bahasa Maruah Bangsa” dlm. Perempuan, 1 Ogos 2002.

58.       “Aman Damai” dlm. Berita Minggu, 16 Mac 2003.

59.       “Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian?” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2003.

60.       “Sunagi Ingatan” dlm. Dewan Budaya, 1 Mac 2007.

61.       “Kalau Mahu Mengingati Mati” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2007.

62.       “Kekuasaan itu Bukan Abadi” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2007.

63.       “Pergi Jauh Dariku” dlm. Dewan Sastera, 1 Mei 2007.

64.       “Botak” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2007.

65.       “Jauh Langkah Perjalanan Luas Alam Pengalaman Inilah Rahmat Kehidupan” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2007.

66.       “Lanun-lanun Ogos yang Merdeka” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2007.

67.       “Merdeka” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2007.

68.       “Penulis Iblis” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2007.

69.       “Propaganda” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2007.

70.       “Kenyataan” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2007.

71.       “Sejarah” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2007.

72.       “Sial Penyapu” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2008.

73.       “Seperti Penyair” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2008.

74.       “Apabila Menulis Puisi” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2008.

75.       “Tokoh” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2008.

76.       “Duka di Ranjang” dlm. Dewan Sastera, 1 Mei 2008.

77.       “Pengembara di Hujung Malam” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2008.

78.       “Puisi Ini Untukmu” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2008.

79.       “Lantana” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2008.

80.       “Wajah Zaman” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2008.

81.       “Adieus Pedra Branca” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2009.

82.       “Waktu-waktu Berlalu” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2009.

83.       “Mati dalam Perlawanan” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2009.

84.       “Alamat Terakhir” dlm. Dewan Sastera, 1 Mei 2009.

85.       “Selamat Pagi, Cikgu” dlm. Dewan Siswa, 1 Mei 2009.

86.       “Meraikan Sebuah Bumi dan Cahaya Yang Sama” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2009.

87.       “Kuala Lumpur Oh! Kuala Lumpur” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2009.

88.       “Dayana” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2009.

89.       “Aku Ingin Menjadi Kunang-kunang” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2009.

90.       “Dibijakkan Oleh Perkenalan” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2009.

91.       “Berpalinglah Kepadaku” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2009.

92.       “Puisi Sederhana tentang Kenangan” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2009.

93.       “Permainan Mimpi” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2010.

94.       “Dalam Persekitaran Kata-kata” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2010.

95.       “Ini Taman Permainan Memperjudi Nasib dan Impian” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2010.

96.       “Kembalikan Mimpi Itu” dlm. Berita Harian, 30 Mac 2010.

97.       “Berjalan ke Sempadan” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2010.

98.       “Aku Datang Mengadap-Mu” dlm. Dewan Sastera, 1 Mei 2010.

99.       “Masa Silam Menyelinap Bersama Mimpi” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2010.

100.    “Autobiografi” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2010.

101.    “Atas Nama Rakyat” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2010.

102.    “Landskap” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2010.

103.    “Waktu Dahulu Itu” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2010.

104.    “Di Lorong-lorong Jalanan” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2010.

105.    “Di Depan Mimbar” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2010.

106.    “Sebutir Bintang di Cakerawala” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2011.

107.    “Di Desa Global: Sempadan Yang Luntur” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2011.

108.    “Gunung” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2011.

109.    “Di Jendela Tahun” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2011.

110.    “Sewaktu di Rumah ini” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2011.

111.    “Cermin Kedewasaan” dlm. Dewan Sastera, 1 Mei 2011.

112.    “Kerana Aku Raja Puisi” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2011.

113.    “Pelarian” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2011.

114.    “Malu” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2011.

115.    “Hanya Pada Bulan Ini” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2011.

116.    “Duka Sang Pengeran” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2011.

117.    “Di Terowong Waktu” dlm Dewan Sastera, 1 November 2011.

118.    “Suara Bangsa” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2011.

119.    “Budimu” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2012.

120.    “Tidak Percaya” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2012.

121.    “Buku” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2012.

122.    “Bendera Pertama dan Terakhir” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2012.

123.    “Teratai di Tasik” dlm. Dewan Sastera, 1 Mei 2012

124.    “Sejarah:Mencari Perdu yang Hilang” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2012.

125.    “Politik” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2012.

126.    “Sebuah Taman Ironi” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2012.

127.    “Penjudi Zaman” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2012.

128.    “Kehidupan” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2012.

129.    “Waktu dan Ruang Puisi” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2012.

130.    “Pada Hujung Jalan” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2012.

131.    “Di Sempadan” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2013.

132.    “Daun-daun Jendela Yang Membuka” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2013.

CERPEN

1.         “Bagai Angin di Pantai Akrab dan Asing” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1980.

DRAMA

1.         “Interlok: Mencari Dialog Yang Waras” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2011.

MAKALAH SASTERA/KERTAS KERJA/UCAPAN/KATA PENGANTAR

1.         “Kenapa di Dada Kebanyakan Pelajar-pelajar Kita Tipis Dengan Semangat Kebangsaan?” dlm.Utusan Zaman, 21 Februari 1960.

2.         “Tentang DBP” dlm. Indonesie, 1 Januari 1961.

3.         “Teratai di Tasik” dlm. Indonesie, 1 Januari 1961.

4.         “Zaman Angkatan Penyaer Kabor”, dlm. Berita Minggu, 1 April 1962.

5.         “Kematangan Sastra” dlm. Dewan Sastera, 15 Oktober 1972.

6.         “Orientasi Kebudayaan” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1973.

7.         “Mass-media Sekadar Menyediakan Jawapan” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Julai 1974.

8.         “Seni Baru: Satu Cara Untuk Melihat Kehidupan” dlm. Dewan Sastera, 15 Ogos 1974.

9.         “Ada Tiga Hal Penting Yang Menarik…” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1974.

10.       “Mencari Akal Sihat dalam Sastra” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1974.

11.       “Lima Tahun Dalam Esei dan Kritikan” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1976.

12.       “Petikan Surat Sastrawan” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1977.

13.       Surat-surat Shahnon dan Latiff Mohidin” dlm. Dewan Sastera, 15 Februari 1977.

14.       “Hakikat Peraduan untuk Mencungkil Bakat” dlm. Dewan Sastera, 15 November 1977.

15.       “Penulis Kita Hari Ini: Satu Catatan Singkat” dlm. Dewan Sastera, 15 November 1977.

16.       “Esei Kesusasteraan Yang Diperlu Sekarang” dlm. Berita Harian, 28 November 1977.

17.       “Pengurusan Kebudayaan Masa Depan” dlm. Dewan Sastera, 15 Februari 1978.

18.       “Honar dan Tenar Hadiah Karya Sastera” dlm. Dewan Sastera, 15 Mac 1978.

19.       “A. Samad Dengan 17 Buku Sejarah” dlm. Berita Minggu, 6 Ogos 1978.

20.       “Antara Penulis dan Pembaca Bekerja Seorang Editor” dlm. Dewan Masyarakat, 15 April 1979.

21.       “Masa Depan Sasterawan dan Seniman Masih Belum Apa-apa” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Mei 1979.

22.       “Kritikan Yang Memalukan” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Jun 1979.

23.       “Kod Etika Kewartawanan Mengingatkan Kita Supaya Jangan Melakukan Kesilapan”, dlm. Dewan Masyarakat, 15 Julai 1979.

24.       “Bakat Yang Kuat Bagai Sungai Yang Mengalir di Lembah” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Ogos 1979.

25.       “Penyair Dunia Berhimpun Kali Keempat: Pengalaman Yang Berbaur” dlm. Dewan Sastera, 15 Ogos 1979.

26.       “Mengeluarkan Seniman Profesional Melalui Akademi Seni” dlm. Dewan Masyarakat, 15 September 1979.

27.       “Kecemaran Alam Membawa Noda Hitam Dalam Sastera Melayu” dlm. Mingguan Malaysia, 20 April 1980.

28.       “Dalam Dua Dasawarsa” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 1981.

29.       “Penulis Tidak Boleh Pisahkan Diri Dari Kehidupan Rakyat”, dlm. Mingguan Malaysia, 13 Oktober 1987.

30.       “Machiavellian: Politik Sang Raja” dlm. Dewan Masyarakat, 1 Januari 1988.

31.       “Teori Pengurusan Lembu” dlm. Dewan Masyarakat, 1 Februari 1988.

32.       “Awas Naga-naga” dlm. Dewan Masyarakat, 1 Mac 1988.

33.       “Mengeksport Perempuan Ke Asia Barat” dlm. Dewan Masyarakat, 1A April 1988.

34.       “Surat-surat Terakhir dari Stalingrad” dlm. Dewan Masyarakat, 1 Mei 1988.

35.       “Ke Mana Perginya Suara Cendekiawan Melayu” dlm. Watan, 5 April 1988.

36.       “Politik-Eksekutif-Kehakiman, Ke Mana Arahnya?” dlm. Watan, 7 April 1988.

37.       “Rahmat daripada Pergolakan” dlm. Watan, 8 April 1988.

38.       “Orang Melayu Serba Salah” dlm. Watan, 12 April 1988.

39.       “Kelesuan Tenaga di Kalangan Cendekiawan Melayu” dlm. Watan, 22 April 1988.

40.       “Bahasa Malaysia Mula Dipandang di Singapura” dlm. Watan, 26 April 1988.

41.       “Riak Kecil Hendak Jadi Gelombang” dlm. Watan, 29 April 1988.

42.       “Sampai Bilakah Bahasa Melayu Terus Terhina di buminya Sendiri?” dlm. Watan, 3 Mei 1988.

43.       “Masyarakat Bermental Abadi” dlm. Watan, 17 Mei 1988.

44.       “Penulis Yang Diam” dlm. Watan, 17 Mei 1988.

45.       “Penulis dan Dunianya: Satu Kritik Diri” dlm. Watan, 8 November 1988.

46.       “Puisi dalam Tradisi dan Kebebasan” dlm. Berita Harian, 10 November 1988.

47.       “Puisi Melayu Mutakhir” dlm. Berita Harian, 17 Mei 1990.

48.       “Pemimpin Budaya Yang kabur dalam Media Kita” dlm. Berita Harian, 17 Mei 1990.

49.       “Penyair, Puisi dan Kemanusiaan: Menterjemah Kasih Sayang Tuhan” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 1991.

50.       “Penerbit Kita Masih Mengemis” dlm. Watan, 5 Februari 1991.

51.       “Suara dan Hati Nurani Bangsa Pada Zaman Baru” dlm. Dewan Sastera, 1 November 1991.

52.       “Tuan-tuan Budayawan Yang Dihormati” dlm. Era, 1 Oktober 1993.

53.       “Puisi-puisi Yang Sarat Dengan Idea dan Watak” dlm. Perisa: Jurnal Puisi Melayu, Jilid 2, 1994.

54.       “Prakarya 30 Sajak Cinta Azran Rahman dan Ras Adiba Radzi” dlm. Mingguan Watan, 2 Julai 1995.

55.       “Prakarya 30 Sajak Cinta Azran Rahman dan Ras Adiba Radzi” dlm. Mingguan Watan, 9 Julai 1995.

56.       “Kemala, Penyair Dalam Zikir” dlm. Berita Minggu, 26 November 1996.

57.       “Kesusasteraan dan Pembangunan: Daripada Harapan dan Optimisne dan Kepadapesimisme dan Kesenian” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 1997.

58.       “Bahasa Kebangsaan: Dipulau Terasing Dipinggir Tersisih” dlm. Utusan Malaysia, 7 Julai 1997.

59.       “Puisi Terpinggir, Teknologi Maklumat Kini Jadi Teman” dlm. Utusan Malaysia, 21 Julai 1997.

60.       “Berganding Bahu: Mendaulatkan Bahasa Kebangsaan” dlm. Utusan Malaysia, 28 Julai 1997.

61.       “Pulau Persuratan: Di Tengah-tengah Kosmopolitan” dlm. Utusan Malaysia, 11 Ogos 1997.

62.       “Pekan Seni Ipoh: Eksperimen Memasyarakatkan Kesenian” dlm. Utusan Malaysia, 1 September 1997.

63.       “Penyair dalam Zaman Wawasan 2020” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2000.

64.       ‘Bahasa Melayu Dijunjung, Bahasa Inggeris Digendong” dlm. Berita Harian, 9 Januari 2001.

65.       “Bahasa Melayu Perlu Sesuai Dengan Tuntutan Zaman” dlm. Berita Harian, 10 Januari 2001.

66.       “Tanam Ulam Belakang Rumah” dlm. Metro Ahad, 1 Julai 2001.

67.       “Kebebasan, Tanggungjawab Seniaman Pada Abad Baru” dlm. Berita Harian, 1 Disember 2001.

68.       “Seniman Boleh Bantu Memakmurkan Negara” dlm. Berita Harian, 3 Disember 2001.

69.       “Eulogi Untuk Usman Awang” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2002.

70.       “Bahasa Melayu Dijunjung, Bahasa Inggeris Digendong” dlm. Minda, 1 Jun 2002.

71.       “Jangan Khiananti Perjuangan Bahasa, Sastera Melayu”, wawancara oleh Salbiah Ani dlm. Berita Harian, 19 Mac 2003.

72.       “Saya Tidak Pernah Bercita-cita Pimpin GAPENA”, wawancara oleh Salbiah Ani dlm. Berita Harian, 22 Mac 2003.

73.       “Juhari Said Dari Peribahasa Ke Seni Rupa” dlm. Dewan Budaya, 1 Julai 2003.

74.       “Menghantar Ciptaan Kita Ke Tengah-tengah Warisan Sastera Dunia” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2003.

75.       “Zakaria Ali Perantau Yang Pulang” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2003.

76.       “Nafas Baharu Dasar Buku Negara dan Majlis Buku Kebangsaan” dlm. Dewan Masyarakat, 1 Jun 2005.

77.       “Apa Ada Pada Kata-kata” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2005.

78.       “Memoir: Dialong Narator Pengarang Dengan Pembaca” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2005.

79.       “Rindu dan Patriotisme” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2005.

80.       “Seperti Bersalaman dengan Tuhan” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2005.

81.       “Sastera Kita dalam Bahasa Jerman dan Latiff Mohidin” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2005.

82.       “Bahasa dan Teks: Bercerita Tentang Sejarah Bangsanya” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2005.

83.       “Apa Ada Pada Seniman” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2006.

84.       “Dewan Sastera Terbit Sesudah Persengketaan 1969” dlm. Utusan Malaysia, 22 Jun 2006.

85.       “Gila Kesenjangan Semantik Antara Perkamusan Dengan Kehidupan” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2006.

86.       “Hadiah dan Anugerah Sastera Atau Wang” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2006.

87.       “Generasi Jambatan Bengkok: Reka Cipta Politik” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2006.

88.       “Puisi Usman Sebagai Lidah Bangsa Melangkaui Sempadan Melayunya” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2006.

89.       “Buku Oh Buku! Aku Cinta Kamu Beri Aku Nikmat dan Beri Aku Ilmu” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2006.

90.       “Tahun-tahun Sial” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2007.

91.       “Rumi dan Alam Maya” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2007.

92.       “Bermain-main dengan Istilah Pada Jam Dua Belas Malam” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2007.

93.       “”Pencen Sampai Selepas Mati” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2007.

94.       “Mencari Dialog Yang Sihat” dlm. Dewan Sastera, 1 Mei 2007.

95.       “Penulis Hantu: Dalam Lingkaran, di luar Kekuasaan” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2007.

96.       “Apabila Bersahabat dengan Seorang Pelukis dan Pengkritik” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2007.

97.       “Penghormatan Susah Datang, Mudah Pergi” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2007.

98.       “Melayu Yang Hodoh” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2007.

99.       “Kemerdekaan Lebih Dahulu Matang Dalam Fikiran” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2007.

100.    “Penulis Iblis” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2007.

101.    “Sial Penyapu” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2008.

102.    “Kenapalah Sastera” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2008.

103.    “Penyair Meraikan 30 Tahun PNB” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2008.

104.    “Wajah Pengarang di Mata Dunia” dlm. Dewan Masyarakat, 1 Mac 2008.

105.    “Berebut Kekuasaan Sebelum Mati” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2008.

106.    “Luka-luka Perebutan Kekuasaan” dlm. Dewan Sastera, 1 Mei 2008.

107.    “Memoir Wanita Melayu” dlm. Dewan Masyarakat 1 Mei 2008.

108.    “Apabila Kejayaan Melalaikan dan Membiakkan Kebiadaban” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2008.

109.    “Rustam A. Sani: Kawan dan Lawan Fikiran” dlm. Dewan Budaya, 1 Jun 2008.

110.    “Menghantar Sasterawan Ke Dunia Sana” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2008.

111.    “Mengingati Seorang Editor (Belasungkawa)”, dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2008.

112.    “Menemukan Pengertian Antara Seniman dengan Ilmuan” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2008.

113.    “Sesudah Adam, Sastera Kita Menghadapi Dosa” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2008.

114.    “Mengenang Kembali Wajah” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2008.

115.    “Wajah Kita Dunia Orang” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2009.

116.    “Satu Sabtu Ketakdiran Peristiwa” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2009.

117.    “Politik dan Persuratan Tidak Sehaluan” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2009.

118.    “Jebat Sudah Mati” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2009.

119.    “Sepatu dan sebuah Puisi” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2009.

120.    “Tentang Mati, Seniman dan Kesenian” dlm. Dewan Sastera, 1 Mei 2009.

121.    “Perjuangan Penulis Muda, Perjuangan Apa?”, dlm. Berita Minggu, 24 Mei 2009.

122.    “Melihat Bintang di Langit” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2009.

123.    “Di Jakarta Bisa Terjadi” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2009.

124.    “Budayawan Terpinga-pinga dalam Kemelut” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2009.

125.    “Bahasa Malaysia Modal Kepandaian Bersaing” dlm. Berita Minggu, 24 Mei 2009.

126.    “Jangan Berhenti Menulis” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2009.

127.    “Di Luar Jangkaan dan Kebetulan” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2009.

128.    “Menulis Puisi Keabadian” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2009.

129.    “Catatan Kepada Seorang Moderator” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2009.

130.    “Bahasa Mimpi Yang Remang” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2010.

131.    “Kenapa Editor (Monolog Kecil)” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2010.

132.    “Kenyataan Hidup” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2010.

133.    “Bagaimana Nama Bermain di Tangan Takdir” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2010.

134.    “Menemukan Penulis dengan Ilmuwan dalam Kebebasan” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2010.

135.    “Persatuan Penulis Kena Berubah Untuk Kekal” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2010.

136.    “Kebudayaan: Di Manakah Kesilapan kita?” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2010.

137.    “Berfikiran Kreatif dan Inovatif dan Kisah Socrates Menapis Cerita Yang tidak Berguna” dlm.Dewan Sastera, 1 Ogos 2010.

138.    “Obsesi dan Keghairahan Menulis Kolum” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2010.

139.    “Malaysia-Indonesia: Dari Mohd Yamin ke Angkatan 2000” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2010.

140.    “Di Tiga Stesen Perjalanan: Menaksir Gaya Kehidupan” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2010.

141.    “Apa Kata Maulana Tentang Hati” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2010.

142.    Membaca Kembali 12 Dewan Sastera 40 Tahun Dahulu” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2010.

143.    “Mencari Makna Daripda Waktu” 40 Tahun Lalu dan 10 Tahun Kemudian” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2011.

144.    “Menaksir Makna Kejujuran dan Pendirian Seniman” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2011.

145.    “Sastera Politik: Mempolitikkan Sastera” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac 2011.

146.    “Cendekiawan Yang Degil” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2011.

147.    “Kehidupan Yang Aneh Tidak Mesti Sia-sia” dlm. Dewan Sastera. 1 Mei 2011.

148.    “Suara Dari Ruang Ketiga” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2011.

149.    “Sepasang Tangan Tawi di KLCC” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2011.

150.    “Mengenali Kelakuan Orang Melalui Bahasanya’ dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2011.

151.    “Demi Masa Mengingati Seorang Pejuang” dlm. Dewan Masyarakat, 1 September 2011.

152.    “Simbiosis Yang Tidak Menjadi” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2011.

153.    “Editor di Dunia Segi Tiga” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2011.

154.    “Sejarah dalam Kemelut” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2011.

155.    “Peristiwa Menjadi Sejarah, Ingatan Luntur, Kehidupan Jalan Terus” dlm. Dewan Sastera, 1 Disember 2011.

156.    “Sepintas Kenangan Sepanjang 50 Tahun Persatuan Penulis” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2012.

157.    “Buku Malaysia dalam Kemelut Ekonomi dan Politik” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2012.

158.    “Ufuk Baharu Penerbitan, Kabus Masih Mengambang” dlm. Dewan Sastera, 1 Mac  2012.

159.    “Politik Burung Tukang dengan Nenek Kebayan” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2012.

160.    “Berakhirnya Kepahlawanan Melayu” dlm. Dewan Sastera, 1 Jun 2012.

161.    “Penulis dan Politik” dlm. Dewan Sastera, 1 Julai 2012.

162.    “Kemakmuran Tetapi Kehilangan” dlm. Dewan Sastera, 1 Ogos 2012.

163.    “Kebebasan Penulis Memilih Politik” dlm. Dewan Sastera, 1 September 2012.

164.    “Seroja Nusantara” dlm. Dewan Sastera, 1 Oktober 2012.

165.    “Puisi Perlawanan Nyala Api dalam Dada” dlm. Dewan Sastera, 1 November 2012.

166.    “Membangkitkan Semula bahasa Melayu di Nusantara” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2013.

167.    “Menyusuri Lorong Nafas Bangsa dalam Impian dan Kritikan 50 Tahun Kemudian” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 2013.

168.    “Politik dan Seluruh Negara untuk Semua Pembaca” dlm. Dewan Sastera, 1 Februari 2013.

 

Sila Beri Pandangan


  • Arkib

  • Statistik

    000000
    Melawat hari ini:
    Jumlah Pelawat:
    Hits hari ini:
    Jumlah Hits :
    Siapa atas talian:
  • Kategori

Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.