Kemala

KEMALA atau yang dikenali juga sebagai Akmal Jiwa merupakan nama pena kepada Dato’ Dr.  Haji Ahmad Kamal bin Abdullah. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada sepasang suami isteri, iaitu Abdullah bin Daud (meninggal pada tahun 1945) dengan Rukiyah binti Amir. Sebelum menikahi Rukiyah, Abdullah telah beristeri dengan seorang perempuan bernama Siti Hawa yang menetap di Rawang, Selangor. Daripada perkahwinan itu, mereka telah mendapat seorang puteri. Ahmad Kamal mempunyai empat  orang adik beradik seibu sebapa. Abangnya yang sulung bernama Kamaruzzaman, meninggal dunia semasa kecil. Selepas itu beliau mendapat seorang kakak perempuan bernama Narimah yang lahir pada tahun 1939. Pada 30 Januari 1941 lahir pula putera yang diberi nama Ahmad Kamal. Adik Kemala, Taufik meninggal semasa kecil.

Ahmad Kamal bin Abdullah lahir dalam keluarga terdidik pada masa itu. Ayahnya merupakan lulusan Junior Cambridge dari Malay College Kuala Kangsar, Perak, iaitu sebuah sekolah elit yang khusus didirikan oleh penjajah Inggeris untuk mendidik anak raja-raja dan elit baru Melayu. Datuknya Haji Daud bin Baginda Muda berasal dari Pariaman, Rao Minagkabau membawa diri ke Kolang dan terus menetap di Ketari, Bentong, Pahang dan menikahi Naimah iaitu anak perempuan kepada  penghulu Setapak, bernama Khatib Koyan. Nama moyang  Ahmad Kamal ini diabadikan pada nama sebatang Jalan di Kampung Baru, Kuala Lumpur iaitu Jalan Katib Koyan.

Rukiyah binti Amir (meninggal  pada 15 Jun 1957), merupakan ibu yang penyayang dan sering bercerita serta  membacakan syair-syair kepada si kecil Ahmad Kamal sebelum tidur. Kelembutan ibu dan dendangan syair serta cerita-cerita ini membekas dalam jiwa Ahmad Kamal. Lanjutan daripada itu, sejak Darjah 5 di  Sekolah Melayu  Kampung Batu, Kuala Lumpur lagi Ahmad Kamal sudah mula memupuk cita rasa seninya dengan  membaca buku yang terdapat di perpustakaan sekolah tersebut. Pada masa itu beliau sudah terdedah dengan Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hamlet dan banyak lagi karya yang terdapat dalam perpustakaan kecil di sekolah tersebut. Apabila dia berpindah ke Sekolah Melayu Prince’s Road, Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Maaruf Mahmud, Guru Besar sekolah tersebut yang terkenal sebagai pengarang sastera kanak-kanak, telah melantiknya menjadi Setiausaha Taman Bacaan iaitu perpustakaan sekolah tersebut. Apabila Ahmad Kamal mula bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1968 beliau bertugas dalam satu pejabat dengan Maaruf.

Kemala menerima anugerah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pada tahun 1956, Ahmad Kamal terpilih menjadi guru Pelatih, mengajar di Sekolah Melayu Jeram, Kuala Selangor. Dia berulang alik setiap hari Sabtu menghadiri kelas Guru Pelatih di Sekolah Melayu Kampung Baru dan kemudian kelas itu berpindah pula ke Sekolah Melayu Tanjong Karang, Selangor berdekatan dengan tempat beliau bertugas. Pada tahun 1958 beliau terpilih melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, dalam kelas A, iaitu kelas bagi guru pelatih yang terpandai yang mendapat markah tertinggi untuk memasuki maktab tersebut. Di sini dia terdidik dalam bidang akademik bagi membolehkan dia mengambil  peperiksaan  LCE Type, iaitu Sijil Rendah Pelajaran dalam  Bahasa Melayu yang khas untuk pelajar –pelajar MPSI dan MWTC bagi membolehkan mereka mengikuti kursus Perguruan di maktab-maktab tersebut. Ketika ini MPSI sudah mula mengambil pelajar-pelajar daripada sekolah menengah Inggeris. Kelompok pelajar seangkatan dengan Kemala, dan kelompok pelajar setahun sebelumnya, terpaksa belajar lima tahun, tiga tahun untuk persediaan akademik dan dua tahun lagi untuk ilmu perguruan. Ahmad  Kamal berjaya memperoleh sijil tersebut dan seterusnya mengikuti kursus perguruan dan tamat pada tahun 1963 dengan dianugerahkan Sijil Perguruan Sekolah Rendah  Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu dengan ditauliahkan mengajar dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Pendidikan akademik  beliau berikutnya, bersifat auto didik, iaitu belajar sambil bekerja, melalui pos dan pengajian luar kampus. Dengan cara ini beliau berjaya memperoleh  Sijil  Pelajaran Malaysia (1963), Sijil Tinggi Persekolahan (1974), Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian (Universiti Sains Malaysia, 1980), Sarjana Sastera (Universiti Sains Malaysia,1985) dan Doktor Falsafah (Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000). Di celah-celah kesibukan bekerja dan belajar sambil bekerja itu, beliau sempat pula berkursus BMP, di Makati, Filipina (1990) dan menyertai International Writing Program, Universiti Iowa, Iowa City, U.S.A. (1993), sebuah institusi akademik dan penulisan yang tersohor di dunia, di bawah pimpinan profesor dan penyair Amerika yang terkenal iaitu Dr. Paul Engle.

Ahmad Kamal bin Abdullah telah memulakan kerjaya penulisannya sejak tahun 1954 lagi, iaitu sejak di bangku sekolah Melayu. Sehingga kini, selama 57 tahun, dia terus menerus berkarya tanpa mengenal jemu. Bakatnya diserlahkan semasa beliau belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris. Sewaktu itu karya-karyanya telah menjengah di dada-dada akhbar dan majalah tanah air,  antaranya Utusan Pamuda, Waktu, Hiburan, Mutiara, Mastika, Bulanan Malaya, Utusan Zaman, dan Berita Minggu. Beliau juga mementaskan dramanya berjudul “Lembayung Senja” di Dewan Suluh Budiman, di MPSI. Seterusnya, beliau tidak jemu-jemu menulis hatta apabila beliau ditukarkan mengajar di daerah pedalaman di Selangor pada masa itu, seperti di Sekolah Melayu Tiram Buruk, Tanjong Karang (1963-1967) dan di Sekolah Teluk Gong, Kelang (1968). Di situ beliau bergaul bersama petani dan mereka yang kelaparan tanah. Jerit derita, dan sumsum sengsara para petani dan para marhaen Tanjong Karang dan Teluk Gong  itu terungkap tajam dalam sajak-sajak  yang sebahagiannya termuat dalam  kumpulan puisinya Timbang Terima (1970).

Korpus karya Kemala terdiri daripada genre puisi, sedikit dalam genre cerpen, drama dan cerita kanak-kanak, tetapi banyak dalam penulisan esei dan buku ilmiah. Bakatnya merendang dan namanya menjulang, apabila beliau bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1968, bermula sebagai penolong penyunting, menjadi editor majalah-majalah sastera dan berbagai lagi, akhirnya bersara  pada tahun 1996 sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan.

 KARYA PERSENDIRIAN

 

1. Puisi (Kumpulan)
  1. Timbang Terima, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1970
  2. Meditasi, Kuala Lumpur: Venus Arts, 1972
  3. Era, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975
  4. Kaktus –kaktus, Petaling Jaya:  Penerbitan Fargoes, 1976
  5. ‘Ayn, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983
  6. Pelabuhan Putih, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989
  7. Titir Zikir, Kuala Lumpur: Pustaka Cipta, 1995
  8.  Mim, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999
  9.  Ziarah Tanah Kudup, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006
  10. Syurga ke Sembilan, Selangor: Insandi Sdn. Bhd., 2009
  11.  “Sumsum Bulan Rawan”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (Akan terbit)
 
2. Cerpen (Kumpulan)
  1. Anasir, Subang Jaya: Tra-tra, 1983
  2. Firuzia,Firuzia, Petaling Jaya: Tempo Publishing(M) Sdn.Bhd., 1990
  3. Laut Takjub 25 Cerpen Pilihan, Selangor: Insandi Sdn Bhd., 2010 
3. Drama
  1. Di Bumi Lain (In Another World terj. Harry Aveling).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976
  2. “Malam Perhitongan,” Dewan Bahasa, Nov. 1966, hlm.516-525.
  3. “ Anna”, Dewan Sastera, Oktober 1972, hlm. 19-24
  4. “Kelonsong,”Dewan Sastera, 1985
   
4. Buku Kanak-kanak
    Melur,Melur Si Bunga Melur (puisi kanak-kanak), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974
    Novelet Lani Anak Tani (cerita kanak-kanak). Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd., 1977
   
5. Buku Kajian Sastera 
  A. Buku Kajian Perseorangan
  1. Sastera dalam Esei , Subang Jaya: Tra-tra, 1983
  2. Unsur-unsur Islam dalam Puisi Melayu Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988
  3. Gejala: Esei dan Kritikan Puisi Melayu Moden 1955-1986, Dewan Bahasa dan Pustaka,1989
  4. Gagasan: Sejumlah Esei tentang Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990
  5. Kesusasteraan Bandingan dalam Perbincangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1994
  6. Landskap Ungu 30 Esei Pilihan, Selangor: Penerbit UPM, 2010
  7. 1000 Pantun Puitis, Penerbit UPM, 2010
  8. Simbolisme dalam Puisi Islam Malaysia 1970-1990, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010
  9. “Puisi Melayu Puisi Dunia” Bandingan Penyair Melayu Mutakhir dengan Penyair Dunia (akan terbit)
     
  B. Latihan Ilmiah, Tesis Disertasi
  1. Latihan Ilmiah Sarjana Muda (dengan kepujian) berjudul “Intelektualisme Puisi Latiff Mohidin dan Muhammad Haji Salleh”. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang 1979-1980.
  2. Tesis Sarjana Sastera (MA) berjudul “Unsur-unsur Islam dalam Puisi Melayu Moden”, Pusat pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang 1984-1985.
  3. Disertasi ijazah Doktor Falsafah (PhD) bejudul “Simbolisme dalam Puisi Islam di Malaysia 1970-1990”. Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2000.
     
KARYA BERSAMA
1. Antologi Puisi
  1. Laungan. (Penerbitan Federal 1966).
  2. Suara Tujuh. (Pustaka Setia Murni 1969).
  3. Perintis Sajak-sajak Melayu (Fajar Bakti 1971). “Lagu Kemerdekaan” dan Trajidi Sekolah Kebangsaan”.
  4. Kuala Lumpur: Antoloji Sajak Pilihan. (GAPENA 1975) dengan sajak-sajak “Foch Avenue”, “Rumah Haram” dan “Mahkota Februari” 24-29.
  5. Titian Zaman. (Dewan Bahasa dan Pustaka 1979) dengan sajak-sajak “Laut”dan “Lahirnya Seorang anak Tani”, 98-99.
  6. Tinta Pena. (PENA 1981) dengan sajak “Kaktuskaktus” 30.
  7. Puisi-puisi Nusantara (Dewan Bahasa dan Pustaka 1981).
  8. Puisi Asean (Yayasan Sangar Seniman Muda Bali 1983).
  9. Lagu Kehidupan. (Dewan Bahasa dan Pustaka 1983) dengan sajak-sajak “Kasih Petani Buta”, “Susila”, “Di Luar Diri”, “Harmoni di Matamu”, “Pada Setiap Kali Kau Tiba Ogos”, Waktu Berdepan Denganmu, Kinabalu”, “Sebuah Jalan Sepi Bernama Rohaniah” dan “Karang”, 113-124.
  10. Terengganu dalam Puisi (Pelita 1983) dengan sajak “Pasar Malam Kuala Terengganu”, 107.
  11. 100 Sajak Malaysia (Tra-tra 1984).
  12. Maruah MERDEKA (GAPENA 1987) dengan sajak “Jangan Berduka. Malaysiaku”, 74.
  13. Bunga Gerimis (Fajar Bakti 1986) dengan sajak “Kasih Petani Buta” dan “Pohon”, 51-52.
  14. Puisirama Merdeka (PENA 1986) dengan sajak “Sungguh” dan “Emmamalia”, 72-73.
  15. Puisi Malaysia (Pan Earth 1987) dengan sajak “Cetusan” dan “Hayat”, 26-27.
  16. Mengenangmu (Dewan Bahasa dan Pustaka 1989) dengan sajak-sajak “Selepas Merak, Landak, Laut dan Bahtera Nuh”, “Kaktuskaktus”, “Sebelum Berakhir Abad Ini”, “Menanti Ainil Umar”, “Akar”, “Mengenang-Mu”, “Sajak Kepada Pon Mariam”, 308-318.
  17. Puisi Baharu Melayu 1961-1986. (Dewan Bahasa dan Pustaka 1990).
  18. Puisi-puisi Kemala. Perisa. Jurnal Puisi Melayu. Jil. 1, 1993.
  19. Begini (Dewan Bahasa dan Pustaka 1993) dengan sajak-sajak “Maknawi Itu Kasihku”, “Cermin”, “Emmamalia”, 572-575.
  20. Takbir Penyair. (Istiqlal International Poetry Reading Jakarta 1995) dengan sajak-sajak “ ‘Ayn”, “Karang”, Di Gurun Yang Ke Tujuh”, “Sudah Kudengar”, dan “Cinta al-Farabi”, 117-127.
  21. Puisi-puisi Asean. (Dewan Bahasa dan Pustaka 2000) dengan sajak-sajak “Alif dan Zuhra”, “Diri dan Cermin”, “Sajak Akhir Abad 20”, “Kanvas Universal” dan “Sudah Kudengar”, 228-235.
  22. Yahya Mat Hassan. Zainal Mohd Jais. (peny.) 2009. Antologi Puisi Agenda Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Kajian & Strategi Melayu. “Telok Gong”, “Tragedi Sekolah Kebangsaan”, “Buah Hasrat”, “Kain Songket Tenunan Melayu”, “Surat Wasiat” oleh Kemala.
  23. Ahmad Kamal Abdullah. (peny.). 2009. Antologi Puisi Penyair Nusantara Musibah Gempa Padang. Kuala Lumpur: MARBA. “Menghantar Rasa Pilu”, “Antara Padang dan Pariaman”, “Dialog” puisi oleh Kemala
  24. Ahmad Kamal Abdullah. Lim Swee Tin (peny.). 2009. Ekspresi. Serdang: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. “Dari Mana Sebuah Wibawa”, “Doa”, “Meyembelih Nafsu”, “Tank-tank Waja Bangsa Pengecut”, “Namaku Obama: Surat Tulus untuk Amerika dan Palestin”, “Ah PBB Kau Masih Menggantung Diri di Awan Kelabu”, “Siapa sanggup”, puisi-puisi oleh Kemala.
  25. Ahmad Kamal Abdullah (peny.) 2009. Mengabdi Melestari 30 Puisi 30 Penyair. Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Berhad. “Menyemai Bibit Tumbuh Pohon Wibawa”, oleh Kemala
     
2. Antologi Cerpen
  1. Menjunjung Titah Perintah (Tratra 1984) dengan cerita pendek “Peti” dan “Cinta Pertama” 125-136.
  2.  Madrasah (Dewan Bahasa dan Pustaka 1986) dengan cerpen “Masjid”.
  3. Sahabat (Dewan Bahasa dan Pustaka 1990) dengan cerpen “Peti”.
  4. Bintang di Langit Lain (Dewan Bahasa dan Pustaka 1990) dengan cerita pendek “Mata, Rumah dan Merpati” 230.
  5.  Cerpen-Cerpen Nusantara Mutakhir (Dewan Bahasa dan Pustaka 1991) dengan cerita pendek “Anang”, 345-356.
  6. Di Sisi Rinda (Dewan Bahasa dan Pustaka 1993) dengan cerita pendek “Selamat Datang, Sang Maut”, 184-201
  7. Begini (Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan cerita pendek “Sebelum dan Sesudahnya”, 191-201.
  8. Orang di Atas Jambatan Kumpulan Cerpen pemenang, S.E.A. Write Award, Thailand (Dewan Bahasa dan Pustaka 2001) dengan cerita pendek “Anang”.
3. Buku Kajian Sastera Bersama Pengarang Lain
  1. Glosari Istilah Kesusasteraan (Dewan Bahasa dan Pustaka 1989) bersama Supyan Hussain,   Mohd. Thani Ahmad, Zakaria Ariffin dan Suhaimi Hj. Muhammad.
  2. Sejarah Kususasteraan Melayu Moden Jil. II (Dewan Bahasa dan Pustaka 1990) bersama Hashim Awang, Ramli Isin, Zakaria Ariffin, Sahlan Mohd. Samar dan S. Othman S. Omar.
  3. Mengenang-Mu: Puisi Berunsur Islam 1930-1986 (Dewan Bahasa dan Pustaka 1989). Bersama Hanafi Ibrahim.
  4. Puisi Melayu Moden 1975-1985 (dwi-bahasa) (Dewan Bahasa dan Pustaka 1987) bersama Harry Aveling.
  5. Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (Dewan Bahasa dan Pustaka 1990) bersama Razali Haji Yusuf.
  6. Sempana: Esei Sarjana Sastera Melayu di Eropah (Dewan Bahasa dan Pustaka  1995). Bersama Ahmad Razali Yusuf.
  7. Cabaran Alaf: Menjana Warisan Kesusasteraan Melayu Sebagai Kesusasteraan Agung Dunia. (Prosiding. Persatuan Kesusasteraan Bandingan 2007)
  8. Menyirat Inspirasi (Kertas kerja seminar SN Usman Awang. Universiti Putra Malaysia, Yayasan Warisan & YWJ Cita, Johor Bahru 2011)
  9. Putra Gemilang Kampung Talang :Dharmawijaya dalam kenangan (Penerbit Universiti Putra Malaysia-Akan terbit).

 

Sila Beri Pandangan


  • Arkib

  • Statistik

    000000
    Melawat hari ini:
    Jumlah Pelawat:
    Hits hari ini:
    Jumlah Hits :
    Siapa atas talian:
  • Kategori