Oleh RITAH YAHAYA


PEMILIHAN dan penggunaan kata yang sesuai dalam menyampaikan maklumat amat penting. Sekiranya seseorang penutur gagal memilih komponen bahasa yang sesuai dan mengikut konteks yang sesuai, maka mesej atau maklumat yang cuba disampaikan tidak akan berjaya. Oleh hal yang demikian, untuk melaksanakan fungsi komunikasi dengan berkesan, kosa kata dan struktur bahasa mestilah digunakan dengan betul.

Kata hubung “dan” dan “tetapi” digunakan dengan meluas dalam lisan dan penulisan dalam bahasa Melayu. Justeru, buku ini mengkaji penggunaan kata hubung “dan” dan “tetapi” dari aspek tatabahasa, dari sudut makna dan penggunaannya, khususnya dalam penulisan cerpen.

Makna yang didukung oleh kata hubung “dan” dan “tetapi” dalam ayat sangat penting kerana pengguguran kedua-dua kata hubung ini dalam ayat akan menyebabkan ayat tersebut menjadi kabur atau taksa serta sukar difahami.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan.

Buku ini dapat berfungsi sebagai maklumat tambahan yang boleh dimanfaatkan untuk memantapkan pemahaman dan penggunaan bahasa Melayu oleh para pendidik, pengkaji, serta pelajar linguistik, khususnya dan pengguna bahasa, umumnya.

  1. cikgu,nak tanya apa pentingnya kata hubung dalam ayt?blh emel kt sy – puterisalju37@yahoo.com

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014765
    Visit Today : 794
    This Month : 34110
    Total Visit : 1014765
    Hits Today : 3047
    Total Hits : 4139849
    Who's Online : 13
  • Kategori