ANUGERAH Sastera Negara (ASN) ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan bertaraf negara kepada tokoh sasterawan yang masih hidup yang menulis dalam bahasa Melayu. Tokoh ini menurut penilaian panel telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi. Anugerah yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini membawa gelaran Sasterawan Negara kepada penerimanya.

Dalam ucapan YAB Tun Dato’ Hussein Onn (Allahyarham) pada Majlis Penyampaian Hadiah Karya Sastera 1976 di Rumah Malaysia, Kuala Lumpur pada 11 November 1977, beliau telah menyatakan hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan taraf dan penghargaan kerajaan kepada sasterawan tanah air dengan meluluskan gagasan Anugerah Sastera Negara. Pada tahun 1979, YAB Tun Dato’ Hussein Onn telah membentuk sebuah Panel Anugerah Sastera Negara yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Musa Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditugaskan menjadi Urus Setia Anugerah Sastera Negara.

Anugerah yang diberi adalah:
 1. Warkah Penghormatan Negara,
 2. Wang tunai sebanyak RM60,000.00. Penerbitan sebanyak 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000.00 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan meluasnya ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan, dan agensi kerajaan,Kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan,
 3. Kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta karya sastera,
 4. Kemudahan untuk menerbitkan karya, dan
 5. Penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing

Sejak terlaksananya program pengiktirafan ini dari tahun 1981 sehingga tahun 2009, seramai sepuluh orang tokoh sasterawan telah menerima Anugerah Sastera Negara. Mereka ialah Keris Mas (1981), Shahnon Ahmad (1982), Usman Awang (1983), A. Samad Said (1985), Arena Wati (1987), Muhammad Haji Salleh (1991), Noordin Hassan (1993), Abdullah Hussain (1996), S. Othman Kelantan (2003) dan Anwar Ridhwan (2009).

Tokoh-tokoh sastera yang menerima Anugerah Sastera Negara.

Anugerah Sastera ini merangkumi tiga (3) proses utama iaitu pencalonan, penilaian dan Majlis Pengurniaan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pencalonan dibuka kepada semua institusi atau badan yang sah dan berdaftar, juga orang perseorangan yang berwibawa dalam bidang sastera mengemukakan calon yang layak dipertimbangkan untuk menerima anugerah tersebut. Pencalonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang pencalonan dengan syarat pencalon hendaklah mengemukakan satu nama sahaja dan calon yang dicalonkan hendaklah warganegara Malaysia dan menulis karya-karyanya dalam bahasa Melayu. Pencalon juga hendaklah mengemukakan hujah secara bertulis berdasarkan penilaiannya tentang karya sastera yang dihasilkan oleh calon tersebut, penilaiannya tentang sumbangan fikiran calon yang berkaitan dengan dunia sastera dan penilaiannya tentang kegiatan calon yang mendorong ke arah pembinaan dan pengembangan sastera kebangsaan.

Panel Penilai Anugerah Sastera Negara ini dilantik oleh YAB Perdana Menteri terdiri daripada kalangan cerdik pandai bidang kesusasteraan, kebudayaan, kemasyarakatan, keagamaan dan lain-lain yang mengikuti serta memahami perkembangan dan kemajuan sastera.

  1. Hamidona Asyiqin says:

    Assalamualaikum. Saya ingin mencadangkan Dato’Aripin bin Said sebagai tokoh Sasterawan Negara seterusnya atas karya dan sumbangan beliau kepada negara dalam memartabatkan sastera Melayu.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045854
    Visit Today : 750
    This Month : 28453
    Total Visit : 1045854
    Hits Today : 2468
    Total Hits : 4293033
    Who's Online : 21
  • Kategori