Oleh MOHD. ALMIEY MOHD. ALI

“PUISI Menjana Gagasan 1Malaysia” menjadi tema Hari Puisi Nasional ke-18 anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Kerajaan Negeri Sabah, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan Dewan Bahasa Cawangan Sabah (DBPCS) diadakan pada 25 hingga 27 Februari lalu di Binsulok Resort, Membakut, Sabah.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh YB Datuk Bolkiah Haji Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Pada majlis tersebut, Datuk Jamdin Buyong telah menerima Anugerah Penyair  GAPENA 2011.

Bolkiah Haji Ismail sedang menyampaikan ucapan pelancaran Hari Puisi Nasional ke-18 di DBP Cawangan Sabah

Sesi pembentangan kertas kerja dimulakan dengan kertas kerja utama oleh mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Haji A. Aziz Deraman bertajuk “Peranan Penyair dalam Menjana Gagasan 1Malaysia”, diikuti dengan sembilan kertas kerja yang lain. Antara kertas kerja tersebut ialah “Kepenyairan Jamdin Buyong dalam Ada dalam Tiada” oleh  Tuan Haji Hamzah Hamdani, “Bahasa sebagai Penyampai Pemikiran dan Bahasa sebagai Lambang Pemikiran” oleh Encik Saleeh Rahamad, dan “Seni Deklamasi Puisi dalam Gagasan 1Malaysia” oleh Encik Borhan Matzain.

A. Aziz Deraman membentangkan kertas kerja utama

Seramai kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada penulis, penyair, penggiat teater dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Indonesia turut menghadiri acara tersebut.

Pengarah DBPCS, Encik Zubaidi Abas turut membentangkan kertas bertajuk “Puisi: Menyatu dalam Kepelbagaian”, Encik Jaafar Hamdan membicarakan tajuk “Penyair Sarawak dalam Konteks Gagasan 1Malaysia”, tajuk kertas “Realiti Masyarakat Sezaman dan Gagasan 1Malaysia dalam Karya Puisi Penyair Sabah” disampaikan  oleh Encik Jasni Matlani, manakala “Puisi 1Malaysia dari sudut Penerimaan Pembaca” dibentangkan oleh Encik Amran Daud.

 Tidak ketinggalan “Sejarah Datuk Haji Jamdin Buyong dan Perjuangannya Menerusi Kumpulan Puisi Ada dalam Tiada” disampaikan oleh Raymond Majumah dan “Kembali Ke Lahad Rahsia: Menghayati Keimanan, Ketakwaan dan Kecintaan Melalui Penilaian Teori Pengkaedahan Melayu” dibentangkan oleh Encik Zainal Abidin Suhaili@Abizai.

Selain pembentangan kertas kerja, satu forum bertajuk “Peranan Penyair dalam Konteks Gagasan 1Malaysia”  turut diadakan. Antara panel yang terlibat ialah Prof. Haji Inon Shaharudin, Encik Nadin Haji Salleh, Encik Amiruddin Hanafiah, Encik Poul Nangang, Encik S.M. Zakir, dan Encik Ramli Jusoh.          Majlis penutupan Hari Puisi Nasional ke-18 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif, ADUN Membakut, Sabah.

Antara khalayak yang hadir.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013779
    Visit Today : 1042
    This Month : 33124
    Total Visit : 1013779
    Hits Today : 3620
    Total Hits : 4135725
    Who's Online : 9
  • Kategori