OLEH DR. NAZARIYAH SANI

DENGAN tema “KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan, telah berlangsungnya perasmian Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 pada 23 April 2020. Tahniah sekretariat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat, pencinta buku, penaja dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Pelancaran Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 pada hari Khamis 23 April itu sempena Hari Buku dan Hak Cipta Dunia. Majlis perasmian telah diadakan secara digital memandangkan Malaysia masih dalam pematuhan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-3 akibat penularan wabak Covid 19 di seluruh dunia.

Acara pelancaran telah dijalankan di media sosial rasmi KLWBC 2020 melalui Facebook Page KL Baca, Instagram rasmi @kualalumpurwbc dan Twitter @KualaLumpurWBC. Majlis pelancaran ini adalah untuk menggerakkan dan menyedarkan masyarakat awam mengenai status Kuala Lumpur sebagai pusat gerakan membaca dunia mulai tarikh keramat 23 April ini.                                                         .

Mr. Ian Denison, selaku Ko-ordinator Program Ibu Kota Buku Dunia United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) ketika menyampaikan ucapan pembukaan.

Majlis dimulakan dengan ucapan Mr. Ian Denison, selaku Ko-ordinator Program Ibu Kota Buku Dunia United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada warga Malaysia kerana Kuala Lumpur yang telah terpilih menjadi host Ibu Kota Buku Dunia 2020.

Beliau turut membawa amanat Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay yang inti patinya merujuk kepada buku sebagai denai ilmu yang perlu ditelusuri kita semua. Hal ini demikian kerana sebagai denai ilmu buku memberi kita keyakinan, kepercayaan dan sebagai jalan keluar dari ketidakpastian.

Yang Berhormat Dato’ Nor Hisham bin Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika menyampaikan ucapan.

Majlis turut diserikan oleh ucapan dan amanat Yang Berhormat Dato’ Nor Hisham bin Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, Dato’ Nor Hisham berharap, melalui pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 ini, menunjukkan satu penghormatan yang diperoleh Negara di peringkat global. Program ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat, seterusnya melahirkan generasi yang intelektual, dan berpendidikan tinggi.

Kuala Lumpur dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke-20.

Menurut beliau, pada tarikh bersejarah 20 September 2018 iaitu dua tahun yang lalu, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay telah mengumumkan pemilihan Kuala Lumpur sebagai World Book Capital 2020 atau “Ibu Kota Buku Dunia 2020”.

Pengiktirafan ini amat disyukuri dan perlu dihayati falsafah disebaliknya kerana sangat unik apabila status Ibu Kota Buku dunia ke-20 ini diperoleh pada tahun 2020 iaitu tahun Wawasan 2020 bagi Malaysia. Hak ini dipegang selama setahun oleh Negara kita sehingga 22 April 2021.

Kanak-kanak perlu dipupuk dengan minat membaca.

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Warisan (UNESCO) mengumumkan hak Kuala Lumpur sebagai Bandaraya hos Ibu Kota Buku Dunia ke-20 pada 2018 kerana beberapa kriteria. Menurut kenyataan UNESCO dalam laman sesawangnya, Kuala Lumpur dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke-20 berikutan “fokus yang kukuh terhadap pendidikan terangkum, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk di bandar raya berkenaan”.

Empat aspirasi utama KLWBC 2020 ialah meningkatkan minat membaca, membina akses pembacaan di segenap peringkat, mengukuhkan industri perbukuan dan memperkasakan minda kanak-kanak melalui pembacaan.

Majlis pelancaran diserikan dengan nyanyian lagu tema KLWBC 2020 berjudul Surat Cinta Kuala Lumpur dendangan dan ciptaan seniman tanah air, Datuk Ramli Sarip.

Puisi bertajuk “Kata Bulan Kepada Fajar” oleh Zaen Kasturi turut dilantunkan penuh penghayatan. Sementara puisi bertajuk “Rumah 28” oleh Jack Malik turut menyemarakkan majlis pelancaran tersebut.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044253
    Visit Today : 674
    This Month : 26852
    Total Visit : 1044253
    Hits Today : 2053
    Total Hits : 4287026
    Who's Online : 17
  • Kategori