Judul              : 100 Persoalan Mengenai Kanser Payudara

Penulis           : Wan Zainira Wan Zain, Arman Zaharil Mat Saad, Mazian

Harga             : RM18.00

Tahun             : 2019

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

GOLONGAN wanita begitu sinonim dengan kanser payudara, namun demikian jangan terperanjat kerana lelaki juga tidak terkecuali daripada mendapat serangan penyakit yang sama. Buku 100 Persoalan Mengenai Kanser Payudara ini memberikan fokus utama dalam menghuraikan setiap persoalan secara terperinci yang menjurus kepada elemen pengenalan kanser payudara, rawatan terkini dalam dunia perubatan sehinggalah langkah pencegahan penyakit tersebut.

Perincian dibuat dengan bahasa yang mudah dan ringkas, tetapi masih mengekalkan istilah perubatan yang penting untuk diketahui. Pengalaman dan pengetahuan para penulis dalam kepakaran masing-masing menjadikan buku ini wajar dimiliki oleh setiap wanita.
Secara tidak langsung, maklumat tersebut berupaya membuka minda para pembaca untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan sebarang ketidaknormalan yang terdapat pada payudara masing-masing.

Berdasarkan kemajuan teknologi dan kepakaran yang dimiliki oleh kebanyakan pakar pembedahan plastik, golongan wanita yang kehilangan payudara tidak lagi perlu berasa bimbang dan gusar. Pembedahan rekonstruktif payudara untuk membentuk semula organ tersebut boleh dilakukan bagi menggantikan bahagian yang terpaksa dibuang akibat serangan kanser. Lebih unik pembentukan puting dan areola payudara mampu dilakukan dengan kepakaran yang dimiliki oleh ramai doktor pakar di negara ini. Semoga maklumat yang terkandung di dalam buku ini berupaya membuka minda golongan wanita (tidak terkecuali lelaki) dalam menjaga kesihatan payudara sebaik-baiknya bagi mengekalkan kesejahteraan mental dan fizikal demi berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045028
    Visit Today : 1449
    This Month : 27627
    Total Visit : 1045028
    Hits Today : 5371
    Total Hits : 4290344
    Who's Online : 13
  • Kategori