OLEH SYAHIDAH RASYIQAH ABD RASHID 

“Selagi manusia memerlukan bahasa,

selagi itulah mereka akan terus memerlukan istilah” (Hassan Ahmad, 1980)

Majlis perasmian disempurnakan oleh Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka.

SEMINAR Peristilahan Peringkat Kebangsaan 2019 yang bertemakan, “Peristilahan Abad ke-21: Cabaran dan Harapan” telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta bin Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada 2 Oktober 2019 anjuran Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Sepanjang seminar ini berlangsung, 11 orang pembentang termasuk pengucap utama telah membentangkan kertas kerja mengikut tema yang ditetapkan. Dalam seminar ini, sebanyak 8 buah kamus istilah dan sebuah glosari telah dilancarkan bagi membuktikan penghargaan DBP kepada pakar-pakar bidang yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti dalam penggubalan istilah.

Turut dilancarkan, ialah sembilan buah buku terbitan DBP.

Seminar yang berkonsepkan lisan ilmiah ini membincangkan secara fokus dan tuntas isu-isu kebahasaan yang berkaitan dengan ilmu peristilahan. Majlis ilmu ini dimeriahkan dengan pelibatan dan juga kehadiran peserta yang berbeza latar belakang dan bidang seperti politik, media massa, pendidikan, ekonomi dan sukan. Garapan idea dengan menghimpunkan dan mempertemukan para cendekiawan, sarjana, ilmuwan dan pencinta bahasa dalam sebuah arena gelanggang ilmu merupakan satu pencapaian yang baik kerana dapat direalisasikan oleh penganjur agar ilmu peristilahan ini terus mengorak langkah ke hadapan.

Sesi 1 yang dipengerusikan oleh Pn. Asmiah Hj. Ajamain, Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aspek teoretis dan praktis ilmu peristilahan yang sedia ada dan telah lama wujud turut digali dan dibincangkan untuk pengadunan ke arah ilmu peristilahan yang lebih berketerampilan dan mengekalkan ragam kemelayuan dan juga budaya Melayu. Malahan, implikasi kewujudan istilah dan perkataan serta proses pembentukan terhadap leksikologi dan leksikografi bahasa Melayu juga diambil kira, dan diolah agar pengintelektualan bahasa Melayu lebih terarah dan mantap, serta autentik.

Puan Hafizah Iszahanid dari Berita Harian, dengan tajuk pembentangan, “Peristilahan Dalam Media Massa (Media Cetak)”.

Medium percambahan ilmu ini juga mampu membangkitkan dan mengetengahkan elemen rekayasa, meneroka dan menggiatkan pemikiran tentang ilmu peristilahan terutamanya pada masa kini dan akan datang. Percambahan ilmu ini sejajar dalam usaha menggerakkan aspek perkembangan ilmu peristilahan itu sendiri ke arah penstandardan serta kearifan tempatan dan akal budi Melayu.

Encik Ahmad Fedtri Yahya, Perantara dan Penerbit Tv3, Media Prima Berhad dalam Forum Wacana Peristilahan dengan Tema: Peristilahan Terkini : Cabaran dan Harapan.

Kerancakan usaha oleh para sarjana menghasilkan penulisan telah membuka ruang untuk mereka mengumpul hasil penyelidikan yang bermutu dan analitis dalam bidang peristilahan, sekali gus dapat mewujudkan satu repositori dan wadah yang bersistematik dan mantap, terutamanya yang berkaitan dengan peristilahan yang dapat diakses dan dicapai oleh semua masyarakat yang berbeza latar belakang.

Dr. Sabrina Tiun dari Universiti Kebangsaan Malaysia ketika membentangkan tajuk “Penulisan Ilmiah Bahasa Melayu Dalam Bidang Kecerdasan Buatan (Ai) : Cabaran dan Harapan”.

Melalui seminar sebegini diharapkan mampu menebalkan rasa cinta dalam kalangan masyarakat yang berbeza agama, bangsa mahupun ideologi politik terhadap bahasa Melayu serta meluaskan khalayak bahasa dan persuratan Melayu khususnya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044838
    Visit Today : 1259
    This Month : 27437
    Total Visit : 1044838
    Hits Today : 4617
    Total Hits : 4289590
    Who's Online : 12
  • Kategori