OLEH MOHD RUSDI MAT RAKIB

PROGRAM Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah giat dijalankan oleh Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kecil Tetap Pendidikan Tinggi (JKTPT) dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mulai tahun 2014 hingga kini.

Sesi pembentangan kumpulan penyelidik.

Pada tahun ini, program ini mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Program UNESCO pada kali ini memberi fokus kepada bahasa orang Asli Kanaq yang merupakan suku kaum dalam suku bangsa Melayu-Proto di kawasan pinggir kampung Sungai Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi, Johor. Bilangan orang asli Kanaq yang tinggal di sini lebih kurang 84 orang dan bilangan ini semakin berkurangan.

Sesi bersama pembimbing program, Dr. Sharifuddin Yusuf, bekas pensyarah dan Profesor Madya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Serdang.

Program yang berkonsepkan penyelidikan bahasa di lapangan ini melibatkan penyertaan 20 orang pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim dan Kolej Pengajian Islam Johor yang terlibat sebagai peserta program. Empat tema kajian yang dipilih ialah adat resam, pantang larang, alatan memburu, dan pembuatan kraf tangan. Para pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut tema tersebut dan dipantau oleh fasilitator daripada DBP. Semua peserta dibimbing oleh Dr. Sharifuddin Yusuf, bekas pensyarah dan Profesor Madya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Serdang. Seramai lapan orang informan dalam kalangan orang Asli Kanaq terlibat membantu menjayakan program ini.

Di samping itu, dalam program UNESCO ini turut diselitkan program Apresiasi Bahasa dan Sastera yang diadakan pada hari kedua. Ia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat Orang Asli di sini melalui program Pustaka Permainan yang dijadikan sarana pembelajaran melalui pendekatan didik hibur. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk merakyatkan bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan masyarakat orang Asli.

Majlis penutupan program yang dilaksanakan pada 28 September 2019 telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Rahmah binti Ahmad H. Osman, Pengarah, Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM. Tetamu kenamaan yang turut hadir ialah Tuan Hj. Johari bin Md Hasan, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, DBP, Encik Suhairi bin Suhaimi, mewakili Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Prof. Dr. Abdul Ghafar bin Ismail, Rektor Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Dr. Mazlan bin Aris, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor, dan Puan Norhafizah binti Mohamed Husin, Pengarah DBP Wilayah Selatan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013464
    Visit Today : 727
    This Month : 32809
    Total Visit : 1013464
    Hits Today : 2429
    Total Hits : 4134534
    Who's Online : 13
  • Kategori