OLEH MOHD RUSDI MAT RAKIB         

PADA 8–13 April 2019, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, berlangsungnya Sidang Ke-58 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Sidang Ke-58 MABBIM kali ini diselenggarakan oleh Sekretariat MABBIM Malaysia, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Perasmian Seminar Kebahasaan dan Sidang Ke-58 MABBIM.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, pada 10 April 2019, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional Malaysia oleh 12 orang pelajar dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor. Sempena dengan perasmian ini, turut diadakan majlis pelancaran buku Siri Kajian Penyelidikan MABBIM dan Kamus Istilah iaitu, Siri Kajian MABBIM: Daya Cakup Istilah MABBIM Bidang Teknologi Maklumat (Malaysia), Siri Kajian MABBIM: Daya Cakup Istilah MABBIM Bidang Ekonomi (Brunei Darussalam), Siri Kajian MABBIM: Daya Cakup Istilah MABBIM Bidang Perubatan (Indonesia), Siri Kamus Istilah MABBIM: Kamus Makanan (Malaysia), Kamus Pergigian: Periodontik (Malaysia) dan Kamus Pemakanan (Malaysia).

Gambar kenangan Sidang Pakar Ke-32 MABBIM.

Sidang Ke-58 MABBIM ini terdiri daripada tiga kegiatan utama, iaitu Sidang Pakar Ke-32 MABBIM, Seminar Kebahasaan MABBIM dan Sidang Eksekutif Ke-58 MABBIM. Sidang Pakar Ke-32 MABBIM yang dilaksanakan pada 8–9 April 2019, di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, telah mempertemukan pakar-pakar dalam pelbagai bidang ilmu dalam kalangan negara anggota MABBIM. Empat jawatankuasa kerja terlibat dalam sidang ini, iaitu Jawatankuasa Penyelidikan, Jawatankuasa Peristilahan, Jawatankuasa Pemupukan dan Jawatankuasa Penerbitan.

Seminar Kebahasaan MABBIM.

Selain itu, pada 10–11 April 2019, di Balai Seminar, Aras 6, Wisma DBP, telah berlangsungnya Seminar Kebahasaan MABBIM yang bertemakan “Bahasa Melayu/Indonesia sebagai Bahasa Utama Dunia”. Sebanyak sembilan kertas kerja telah dibentangkan, iaitu empat kertas kerja dari Malaysia, tiga kertas kerja dari Brunei Darussalam dan satu kertas kerja dari Indonesia manakala satu kertas kerja dari negara pemerhati, iaitu Singapura. Kertas kerja yang dibentangkan meliputi pelbagai bidang ilmu yang diusahakan oleh penyelidik yang diundang. Manakala para pembentang pula terdiri daripada para ilmuwan, pegawai kerajaan, pensyarah, pelajar sarjana dan kedoktoran serta pencinta bahasa.

Ketua Pengarah DBP ketika menyampaikan ucapan dalam Sidang Eksekutif ke-58 MABBIM.

Sidang Ke-58 MABBIM ini diakhiri dengan Sidang Eksekutif Ke-58 MABBIM, pada 12–13 April 2019, di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Sidang ini membahaskan usul dan cadangan Sidang Pakar, perkara dasar dalam MABBIM seperti hal-hal yang berkaitan dengan pedoman bahasa dan hala tuju MABBIM.

Para pakar yang terlibat dalam Sidang Eksekutif Ke-58 MABBIM.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1037686
    Visit Today : 1168
    This Month : 20285
    Total Visit : 1037686
    Hits Today : 3491
    Total Hits : 4255846
    Who's Online : 10
  • Kategori