Oleh KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

MAJLIS taklimat akademik Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu/Pengajian Melayu (PROPERBM) Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Guangxi University For Nationalities (GUFN) dan Xi’an International University (XIU) bagi sidang akademik 2019/2020 telah diadakan pada 3 September 2019 bertempat di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), USM Pulau Pinang.

Sesi pendaftaran para pelajar dari China yang mengikuti Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu (PROPERBM) USM.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Profesor Dr. Narimah Samat, Penyelaras Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTi) dan Bahagian Penterjemahan dan Interpretasi (BATI), Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong, Dr. Wan Rose Eliza Yusof, Dr. Aiza Maslan, Dr. Radiah Yusof, Dr. Saravanan Veramuthu bersama-sama 60 orang pelajar baharu dari Guangxi University For Nationalities (GUFN) dan Xi’an International University (XIU).

Majlis Taklimat Akademik Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu (PROPERBM) USM berlangsung dengan jayanya di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) USM.

Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu/Pengajian Melayu (PROPERBM) USM ini merupakan program pemindahan kredit dalam pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Melayu dan Terjemahan untuk 60 orang pelajar baharu dari Guangxi University For Nationalities (GUFN), Guangxi dan Xi’an International University (XIU), Shaanxi, China. Kesemua pelajar dari dua institusi pengajian dari China ini telah mendaftar sebagai pelajar USM pada 1 September 2019 menerusi Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu bagi sidang akademik 2019/2020 untuk tempoh pengajian selama dua semester.

Majlis Taklimat Akademik Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu (PROPERBM) USM berlangsung di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), USM.

Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu/Pengajian Melayu (PROPERBM) USM bertujuan untuk mengukuhkan pengantarabangsaan bahasa Melayu, selain mengukuhkan pengantarabangsaan Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Melayu dan Terjemahan oleh Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTi) dan Bahagian Penterjemahan dan Interpretasi (BATI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), USM Pulau Pinang. Dalam majlis taklimat akademik Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu/Pengajian Melayu (PROPERBM), USM telah menampilkan tiga orang pelajar baharu, iaitu Jiang Wenyue, Tang Wei dan Liu Quan Bin yang berkongsi pengalaman dan kehidupan mereka setelah berjaya melanjutkan pengajian di USM Pulau Pinang.

Para pelajar dari China mendengar taklimat akademik dalam Majlis Taklimat Akademik Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu (PROPERBM) USM 2019.

Jiang Wenyue yang berusia 20 tahun merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 3 Major Bahasa Melayu dari Guangxi University For Nationalities (GUFN), China bersyukur kerana berjaya terpilih untuk melanjutkan pengajian di USM yang merupakan Universiti APEX pertama di Malaysia sejak tahun 2008. Menurut Jiang Wenyue, Bahagian Pengajian Terjemahan dan Interpretasi (BATI) dan Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTi), Pusat Pengajian llmu Kemanusiaan (PPIK), USM Pulau Pinang amat mementingkan kebajikan dan pendidikan para pelajarnya sama ada tempatan mahupun antarabangsa. Peluang melanjutkan pengajian di USM merupakan peluang keemasan buat Jiang Wenyue untuk mempelajari bahasa Melayu, terjemahan, kebudayaan Melayu, kesusasteraan Melayu dan kesenian Melayu.

Jiang Wenyue bersyukur kerana berjaya terpilih untuk melanjutkan pengajian di USM sebagai Universiti APEX pertama di Malaysia sejak tahun 2008.

Tang Wei yang berusia 20 tahun pula merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 3 Major Bahasa Melayu dari Yunnan Minzu University (YMU), China bersyukur kerana berjaya terpilih untuk melanjutkan pengajian di USM Pulau Pinang. Selain itu, Tang Wei turut menyifatkan bahawa USM merupakan universiti terbaik untuk para pelajar dari China melanjutkan pengajian dalam bidang bahasa Melayu dan terjemahan. Malah, kelebihan Tang Wei yang boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu, selain memahami kepelbagaian budaya masyarakat majmuk Malaysia khususnya di Pulau Pinang telah membuatkan Tang Wei lebih akrab dengan para pelajar tempatan.

Liu Quan Bin menyifatkan bahawa USM merupakan “Hab Pengajian Bahasa Melayu dan Terjemahan Terbaik di Asia” untuk para pelajar antarabangsa.

Liu Quan Bin yang juga berusia 20 tahun merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 3 Major Bahasa Melayu dari Yunnan Minzu University (YMU), China turut menyatakan bahawa USM merupakan “Hab pengajian Bahasa Melayu dan terjemahan yang terbaik di Asia” untuk para pelajar antarabangsa meneruskan pengajian dalam bidang Bahasa Melayu dan terjemahan. Selain itu, keindahan dan kelestarian alam di USM yang juga terkenal sebagai “universiti dalam taman”, keramahan dan budi bahasa para pelajar tempatan, warga kerja akademik dan warga kerja USM yang lain telah memikat hati Liu Quan Bin untuk sama-sama menjalani kehidupan sebagai pelajar di USM.

Harapan Liu Quan Bin agar suatu hari nanti gabungan hebat dunia ilmu bahasa dan terjemahan di USM dapat mengangkat nama USM sebagai “hab pengantarabangsaan Bahasa Melayu dan terjemahan yang terbaik di Asia.”

Jiang Wenyue, Tang Wei dan Liu Quan Bin berhasrat untuk mempelajari ilmu bahasa dan terjemahan sepanjang melanjutkan pengajian di USM Pulau Pinang.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013271
    Visit Today : 534
    This Month : 32616
    Total Visit : 1013271
    Hits Today : 1735
    Total Hits : 4133840
    Who's Online : 9
  • Kategori