OLEH NURUL JULIA ALANI HENRY

Beberapa tempat di Kota Bharu, Kelantan dimeriahkan dengan program keilmuan dan aktiviti riadah bersempena dengan Kembara Titah Kelantan yang berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 12 hingga 14 September 2019. Pada tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kelantan telah bersinergi dan berganding bahu menjayakan beberapa program bagi mengisi Kembara Titah Kelantan 2019.

Wacana Sasterawan yang membicarakan tema “Menginsankan Manusia dengan Sastera”.

Wacana Sasterawan yang diadakan pada 12 September 2019 menjadi program pembuka tirai Kembara Titah Kelantan. Wacana yang menampilkan Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan dan tokoh sastera, Dato’ A. Rahman Shaari berlangsung di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz. Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP, Dr. Hazami Jahari, Pengarah Pendidikan Negeri, Abu Hanifah @ Fauzi Zahari dan Pengarah DBP Wilayah Timur, Hajah Che Zainab Omar.

Pengaarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Dr. Hazami Jahari menyampaikan cenderahati berupa buku terbitan DBP kepada YBM Tengku Temenggong Kelantan.

Sasterawan Negara ke-13, Datuk Dr. Zurinah Hassan memulakan bicara beliau dengan bersyair dan mengupas maksud “insan” dan “manusia”. Menurut beliau, frasa “memanusiakan manusia” bermaksud menjadikan seseorang sebagai manusia yang ada ilmu, nilai dan tatasusila yang disenangi oleh masyarakat. Selaku Presiden Persatuan Penyair Malaysia (Penyair), Dato’ A. Rahman Shaari pula berkata, kaedah pengajaran sastera secara berfokus serta melalui pendekatan “mengalami” dan “menghayati” dapat membantu membina peribadi generasi muda menjadi insan sebenar. Kupasan kedua-dua tokoh berkenaan bertepatan dengan tema Wacana Sasterawan, iaitu “Menginsankan Manusia dengan Sastera”.

Forum Kitab Bulugh Al-Maram yang berlangsung selepas solat maghrib di Masjid Al-Ikhlas, Pasir Hor.

Menyusul program Wacana Sasterawan ialah Forum Kitab Bulugh al-Maram yang berlangsung pada sebelah malam di Masjid Al-Ikhlas, Pasir Lada, Pasir Hor, Kota Bharu. Ahli panel forum ini ialah Ustaz Dato’ Abdul Basit Haji Abdul Rahman dan Profesor Madya Dr. Mohd Muhiden Abdul Rahman. Manakala Haji Abdul Fatah Haji Jaafar bertindak sebagai moderator. Forum yang bertemakan “Hafaz Al-Quran Hafaz Hadis” ini mengajak jemaah masjid untuk menghayati, mengkaji dan menghafaz hadis Rasulullah SAW. Perbincangan yang menelusuri sejarah pengajian kitab Bulugh Al-Maram dan menghujahkan kepentingan pengkajian kitab berkaitan hadis ini adalah berdasarkan buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram terbitan DBP. Yang turut mengimarahkan masjid dan menghayati forum ini ialah Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Dato’ Dr. Johari Mat. Seusai forum, beliau menyerahkan siri buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram terbitan DBP kepada pihak Masjid Al-Ikhlas untuk rujukan kariah masjid berkenaan.

Tetamu diraja, DYTM Raja Muda Perlis dan YBM Tengku Temenggong Kelantan berangkat menghadiri Majlis Makan Malam Diraja.

Kembara Titah Kelantan 2019 diserikan dengan keberangkatan tiba Duli yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Muda Perlis yang turut bersama-sama YBM Tengku Temenggong Kelantan dan YBM Tengku Puan Temenggong Kelantan menghadiri Majlis Makan Malam Diraja pada 13 September 2019. Bagi pihak DBP, Majlis Makan Malam Diraja yang berlangsung di Dewan Keusahawanan, UMK ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah Dasar DBP, Dato’ Hajah Padilah Haji Ali, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP, Haji Mohd. Salahuddin Mohamed dan Pengarah DBP Wilayah Timur, Hajah Che Zainab Omar. Pihak UMK selaku tuan rumah majlis ini pula dihadiri oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Nor Azizi Ismail. Dalam Majlis Makan Malam Diraja ini, tetamu diraja dan para jemputan dihiburkan dengan tarian tradisional negeri Kelantan seperti Canggung, Asyik, Joget Mek Kelate dan Layang Mas. Persembahan tarian tradisional itu diselang-selikan dengan persembahan deklamasi puisi oleh Datuk A. Aziz Deraman dan Dato’ A. Rahman Shaari.

DYTM Raja Muda Perlis dan YBM Tengku Temenggong Kelantan berkenan melakukan acara pelepasan Kayuhan Diraja.

Seterusnya, pada 14 September 2019, berlangsungnya program riadah bersama-sama rakyat Kelantan, iaitu Kayuhan Diraja dan Larian Ria Diraja yang menjadi program penutup Kembara Titah Kelantan 2019. Kedua-dua program riadah dan santai yang diadakan di perkarangan Hospital Tumpat ini dihadiri oleh YBM Tengku Temenggong Kelantan dan YBM Tengku Puan Temenggong Kelantan bersama-sama DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis. Program Kayuhan Diraja dan Larian Ria Diraja ini terbuka kepada orang awam yang ingin turut bersama-sama golongan diraja berkayuh basikal sejauh 18 kilometer dan berjalan kaki sejauh lima kilometer. Program berkayuh basikal dan berjalan kaki ini juga diselitkan dengan aktiviti kebajikan, iaitu penyerahan sumbangan berupa buku terbitan DBP oleh delegasi diraja kepada beberapa rumah kebajikan, antaranya termasuklah Rumah Generasiku Sayang. Setelah selesai program di Rumah Generasiku Sayang, delegasi diraja dari Perlis dibawa ke Istana Bukit Tanah, Tumpat untuk santapan tengah hari bersama-sama YBM Tengku Temenggong Kelantan dan YBM Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Tetamu diraja bersama-sama peserta Kayuhan Diraja dan Larian Ria Diraja menyanyikan lagu “Negaraku” sebelum acara bermula.

Bagi memeriahkan program Kayuhan Diraja dan Larian Ria Diraja, di pekarangan Hospital Tumpat juga diadakan beberapa aktiviti seperti senaman zumba, bola sepak jalanan, pameran kesihatan dan jualan makanan. Peserta Kayuhan Diraja dan Larian Ria Diraja yang tiba semula di pekarangan Hospital Tumpat juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Penyerahan sumbangan kepada Pengerusi Persatuan Generasiku Sayang Kelantan.

Sememangnya gabungan usaha DBP, UMK, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kelantan berjaya menyemarakkan keseluruhan program yang diadakan sempena Kembara Titah Kelantan 2019. Yang istimewanya, Kembara Titah Kelantan 2019 bukan sahaja disertai oleh rakyat Kelantan malah dimeriahkan oleh delegasi dari Perlis yang mengiringi DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis.

 

Sila Beri Pandangan


  • Arkib

  • Statistik

    000000
    Melawat hari ini:
    Jumlah Pelawat:
    Hits hari ini:
    Jumlah Hits :
    Siapa atas talian:
  • Kategori

Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.