Oleh KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

PERSIDANGAN Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019) anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (SOLLAT), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah diadakan di Hotel Eastern & Oriental (E&O), George Town pada 18 hingga 20 Julai 2019. Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019) yang diadakan buat tahun kelapan telah menghimpunkan sebanyak 170 orang peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, China, Korea Selatan, Bangladesh, Jordan dan Yaman. Semua peserta persidangan terdiri daripada pensyarah dan pelajar pascasiswazah membentangkan 75 buah kertas kerja penyelidikan tentang pembelajaran bahasa Melayu, pembelajaran bahasa Inggeris, pembelajaran bahasa asing, pembelajaran linguistik dan pembelajaran terjemahan.

Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019) menghimpunkan sebanyak 170 peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, China, Korea Selatan, Bangladesh, Jordan dan Yaman.

Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019) yang diadakan setiap tahun ini merupakan medan pertemuan dan platform buat semua pakar bahasa, terjemahan dan linguistik dari Malaysia dan antarabangsa membincangkan pelbagai ilmu, kajian dan isu semasa dalam bidang bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa asing, linguistik dan terjemahan. Persidangan ini mewujudkan kerjasama yang melibatkan pakar bahasa, linguistik dan terjemahan untuk menghasilkan pembangunan bidang bahasa, linguistik dan terjemahan pada masa hadapan.

Konsul Jeneral Negara Thailand, Tuan Yang Terutama Raschada Jiwalai bersalaman dan beramah mesra bersama para pensyarah yang hadir dalam persidangan.

Dalam ucapan semasa majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019), Konsul Jeneral Negara Thailand, Tuan Yang Terutama Raschada Jiwalai mewakili pihak kerajaan Thailand turut menyokong penganjuran Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019). Persidangan tersebut merupakan jambatan perpaduan dan hubungan dua hala antara negara Thailand dengan Malaysia. Selain itu, Profesor Dr. Joseph Lo Bianco, pakar pembelajaran bahasa dan pendidikan dari University of Melbourne, Australia turut menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian persidangan tersebut.

Konsul Jeneral Negara Thailand, Tuan Yang Terutama Raschada Jiwalai bersama Prof Madya Dr. Salasiah Che Lah merasmikan Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa 2019.

Persidangan ini memberi peluang kepada para pensyarah yang terdiri daripada pakar bahasa, linguistik dan terjemahan menyampaikan ilmu dan penyelidikan bahasa, linguistik dan terjemahan bermutu tinggi kepada golongan sasar yang lebih luas di peringkat antarabangsa. Selain itu, persidangan ini memberi dapatan ilmu untuk para pensyarah dan peserta menerokai ilmu, perkembangan, cabaran, aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa asing, linguistik dan terjemahan. Tambahan pula, persidangan ini turut memberi kesan positif buat semua peserta untuk terus mempelajari bidang bahasa, linguistik dan terjemahan ke peringkat yang tertinggi.” Demikian ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019) oleh Pengerusi ILLC 2019, Profesor Dr. Tengku Sepora Tengku Mahadi.

Konsul Jeneral Negara Thailand, Tuan Yang Terutama Raschada Jiwalai menyampaikan ucapan dalam Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019).

Kekuatan bidang bahasa, linguistik dan terjemahan merupakan jambatan budaya ke arah mengukuhkan pemahaman, kepercayaan dan perhubungan yang melangkaui batas sempadan antara bahasa, negara dan budaya. Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019) merupakan satu anjakan paradigma kepada semua peserta agar terus menerokai ilmu dan penyelidikan dengan meluas dalam bidang bahasa, terjemahan dan linguistik demi meningkatkan persefahaman budaya dan bangsa antara semua negara.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014423
    Visit Today : 452
    This Month : 33768
    Total Visit : 1014423
    Hits Today : 1355
    Total Hits : 4138157
    Who's Online : 15
  • Kategori