Judul              : Jerebu dan Kesihatan: Selamatkah Anda?

Penulis           : Noor Hassim Ismail, Rosnah Ismail, Zawiah Mansor dan Siti Aisah Mokhtar

Harga             : RM18.00

Tahun             : 2019

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

Jerebu melanda sekali-sekala, bukan tanda petaka. Apabila jerebu menyerang, langit hilang tidak bercahaya. Udara kelabu berbau asap menyerbu paru-paru dan melemaskan salur pernafasan manusia tepu dengan partikel debu. Selain partikel debu, kehadiran pencemar udara seperti sulfur dioksida, karbon monoksida, ozon dan nitrogen dioksida juga memberikan kesan sinergistik yang tidak kurang hebatnya.

Ketahuilah asbab dan mudarat jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan manusia terutamanya saluran pernafasan jika terdedah kepadanya. Fahamilah langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi kesihatan diri, keluarga dan rakan sekerja ketika jerebu melanda.

Jerebu melanda sekali-sekala, tiada apa-apa yang boleh kita lakukan untuk menghalang kedatangannya. Kepada kanak-kanak kecil, penghidap penyakit kronik, wanita hamil dan warga tua, sentiasa berhati-hati apabila jerebu melanda kerana golongan ini lebih kerap mengalami masalah kesihatan berbanding dengan orang yang normal.

Buku Jerebu dan Kesihatan: Selamatkah Anda? Mengandungi pelbagai langkah praktikal yang boleh diambil untuk mencegah jerebu daripada terus melanda. Fahamilah langkah praktikal yang diterangkan dalam buku ini demi menjana kesihatan diri dan keluarga yang berkekalan, kesejahteraan masyarakat serta keamanan negara. Anda mampu mengubahnya kerana setiap perubahan itu bermula daripada diri sendiri selaku penghuni bumi ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044938
    Visit Today : 1359
    This Month : 27537
    Total Visit : 1044938
    Hits Today : 5129
    Total Hits : 4290102
    Who's Online : 7
  • Kategori