OLEH ROSLAN ABDUL HAMID

HURUF hamzah sering menjadi perhatian kepada pencinta tulisan jawi kerana memerlukan kefahaman untuk menentukan jenis hamzah yang perlu ditulis dalam perkataan. Jenis dan kedudukan hamzah dalam tulisan jawi mesti mengikut kaedah yang telah ditentukan. Yang berikut ialah jenis hamzah yang digunakan dalam tulisan jawi:

1. Hamzah di atas huruf alif

2. Hamzah di bawah huruf alif

3. Hamzah ¾

4. Hamzah setara

5. Hamzah berumah

 

1. Hamzah di atas huruf alif ( أ )

Hamzah jenis ini ditulis kerana kehadiran imbuhan awalan se, ke dan di pada ejaan kata yang bermula dengan huruf alif. Contoh hamzah di atas huruf alif boleh dilihat pada jadual di bawah:

agama ا ݢام seagama سأ ݢام
imbang ايمبڠ seimbang سأيمبڠ
atas اتس ke atas کأتس
udara اودارا ke udara کأودارا
isi ايسي diisi دأيسي
angkat اڠکت diangkat دأڠکت

2. Hamzah di bawah huruf alif ( إ ) 

Hamzah di bawah huruf alif hanya ada pada tiga ejaan perkataan sahaja iaitu Islam, e dan eh.

Islam إسلام keislaman کإسلامن
diislamkan دإسلامکن
e إي e-operasi إي-اوڤراسي
e-dagang إي-داݢڠ
e-mail إي-ميل
eh إيه

3. Hamzah ¾

Hamzah ¾ digunakan pada ejaan kata bukan daripada bahasa Arab. Kadar ketinggian hamzah jenis ini adalah ¾ huruf alif. Saiznya sama dengan huruf lain. Ada beberapa panduan untuk menulis hamzah ¾ . Iaitu:

vokal berganding

 

a u lauk لاءوق
prausul ڤرا‌‌ءوصول
a i baik باءيق
u i kuih کوءيه
Imbuhan akhiran an selepas vokal [a] keadaan کأداءن
i selepas vokal [u] melalui ملالوءي
i selepas vokal [a] rasai راساءي
Ejaan nama kaum Tionghoa   ong ءوڠ
ng ‌‌‌ٴڠ
Diftong

(vokal bergabung)

au audit اءوديت
ai aising اءيسيڠ

4. Hamzah setara

Kata pinjaman bahasa Arab selalunya menggunakan hamzah setara. Hamzah ini juga disebut sebagai hamzah selari. Kedudukan hamzah setara selari di atas garisan dengan huruf lain. Contoh kata yang menggunakan hamzah setara ialah:

Al- Quran القرءان
Isyak عشاء
Wuduk وضوء
Ikhfak اخفاء
Anbia انبياء

5. Hamzah berumah

Hamzah berumah biasanya digunakan pada kata pinjaman bahasa Arab. Ada juga hamzah berumah yang digunakan pada ejaan bukan bahasa Arab, iaitu sebagai lambang e pepet dalam pola suku kata tertutup. Contoh kata yang menggunakan hamzah berumah ialah:

Malaikat ملائکت
Masalah مسئله
Tahniah تهنيئه
Mukmin مؤمن
Frekuensi فريکوئنسي
Nutrien نوتريئن
Efisien ايفيسيئن

Kesimpulannya, kedudukan hamzah merupakan satu pengkaedahan yang wajib kita tahu dan mahir apabila menulis jawi. Kesalahan meletakkan hamzah pada kedudukan sebenar akan menyebabkan kesalahan sewaktu menyebut perkataan tersebut.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035491
    Visit Today : 269
    This Month : 18090
    Total Visit : 1035491
    Hits Today : 1597
    Total Hits : 4247687
    Who's Online : 16
  • Kategori