Oleh SITI IRNI YUSLINDA MOSMAN

TERJAWABLAH sudah pencarian Peserta Terbaik Bakat Siswa bagi tahun 2019, apabila mahasiswa dari Universiti Sains Malaysia (USM), Joyana Dilam Anak Clement, dinobatkan sebagai johan Program Pemilihan Peserta Terbaik Bakat Siswa 2019, dengan tajuk kajiannya, “Menyirat Makna dalam Manisnya Rambutan Kampung dari Perspektif Kod Simbolik Roland Barthes”.

Naib johan pula disandang oleh Umairah Shafei, dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dengan pembentangan kertas kajiannya bertajuk, “Isu-isu Pertembungan Sosial dalam ke Hujung Usia Berdasarkan Teori Konflik Fungsional Lewis A. Coser”. Manakala tempat ketiga menjadi milik Nursyaza Ilyana Shahruddin, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan tajuk kajiannya, “Menyoroti Kehidupan Orang Tua dalam Manisnya Rambutan Kampung dari Perspektif Gerontologi”.

Sesi pembentangan bermula.

Sesi pembentangan bermula.

Johan telah membawa pulang Piala Pusingan Kementerian Pendidikan Malaysia, wang tunai RM2,000.00, manakala naib johan menerima wang tunai RM1,000.00, dan tempat ketiga pula menerima hadiah wang tunai RM800.00, sijil penyertaan dan buku terbitan DBP.

Program ini diadakan di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 21 dan 22 April 2019 dengan penglibatan seramai 16 orang mahasiswa yang mewakili 16 buah universiti awam dan universiti swasta yang mengambil bahagian.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk membina keterampilan dan keyakinan mahasiswa sebagai pelapis pengkritik sastera merentas disiplin ilmu serta melahirkan insan yang berketerampilan menyampaikan hujah, menterjemahkan keindahan ilmu dan memupuk daya kreativiti mahasiswa dalam kesusasteraan tanah air.

Barisan hakim yang mengadili pertandingan tersebut.

Barisan hakim yang mengadili pertandingan tersebut.

Program ini telah diadili oleh tiga orang panel hakim, iaitu Dr. Abang Patdeli Abg. Muhi, Munsyi Dewan (Bahasa), Encik Mohamad Shaidan, Munsyi Dewan (Sastera), dan Puan Faridah A. Rahman Munsyi Dewan (Bahasa). Secara tuntasnya, para peserta telah memperlihatkan pemahaman mereka tentang teori sastera dan mampu mengaplikasikannya dengan baik dan tersusun.

Tuan Haji Md. Johari Hasan, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, mewakili Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka menyampaikan ucapan penagguhan.

Tuan Haji Md. Johari Hasan, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, mewakili Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka menyampaikan ucapan penangguhan.

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah Program Pemilihan Peserta Terbaik Bakat Siswa telah disempurnakan oleh Tuan Haji Md. Johari Hasan, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, mewakili Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam ucapan penangguhannya, beliau berharap agar mahasiswadapat mengintegrasikan ilmu sastera dalam dimensi yang lain seperti bidang sains dan teknikal. Beliau juga berharap agar usaha ini dapat mempertingkat kemahiran berbahasa mahasiswa, serta menghayati nilai-nilai murni dan keindahan yang terungkap dalam teks sastera yang dikaji.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya membina mahasiswa menjadi insan yang kritis, berani dan berketerampilan, di samping dapat memperteguh azam dan jati diri untuk terus menyemarakkan cinta kepada bahasa dan sastera kebangsaan.

Para pemenang Program Pemilihan Peserta Terbaik Bakat Siswa  bergambar kenangan bersama-sama tetamu kenamaan.

Para pemenang Program Pemilihan Peserta Terbaik Bakat Siswa bergambar kenangan bersama-sama tetamu kenamaan.

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042525
    Visit Today : 389
    This Month : 25124
    Total Visit : 1042525
    Hits Today : 1070
    Total Hits : 4280665
    Who's Online : 7
  • Kategori